jam menunjukkan 5:42 am 4 april 2012.
Rintik2 hujan ni buat aku teringin mengolah erti cinta,yg datang dari pengalaman diri dan teman2..
Bila bercakap pasal cinta,dah tentu xde penyudahnya..
cinta tu kehidupan,yg membezakan ialah cinta dunia atau cinta illahi?
cinta illahi tu pasti,tapi cinta dunia tu apa makna bg korang?
bagi aku,cinta dunialah yg aku harap dapat bawak aku ke cinta illahi.
aku tidaklah sesempurna "kekasih Allah"
aku mencari cinta dunia yg lahir sebagai khalifah untuk bawak aku ke cinta illahi.
dalam perjalanan hidup mencari cinta dunia ni,bermacam jenis dugaan cabaran dan godaan.
andai lalai kamu,lebih cepatlah kamu mendekati kemusnahan untuk menemui cinta illahi.
andai kuat iman kamu,insyaallah khalifah kamu semakin mendekati.
pengalaman mengenai cinta,haha.. perempuan naif mcm aku ni kan.. (tangan ke bahu mata keatas)
dah tentu la banyak dilukai dari melukai,sebab dan musabab tu,aku xharus pertikaikan pun.
aku suke dengan kata2 ni.
"every successfull person has a painful story,every painful story have a successful ending"
accept the pain and get ready for the success.
kalau kite xpernah rasa tawar mcm mana kite nk hargai rasa manis?
kalau kita xpernah rasa kecewa mcm mana kite nk hargai erti kebahagiaan?
mungkin aku ditemukan dengan insan yang salah,sebelum aku temui insan yang benar2 pemilik tulang rusuk ni.
tipula kan kalo aku xpernah salahkan diri sendiri mahupun orang lain atas kesakitan dari cinta,tapi alhamdulillah
fikiran positive aku cepat bertindak,dan membasmi segala fikiran negative aku.
katakanlah hubungan aku diganggu oleh orang ketiga,xguna pon kalo aku marah orang tu,
kerana jika Allah telah berkata "Kun fayakun"
sebagaimana molek akal kamu untuk mengelak,ianya tetap terjadi.
dalam kesakitan itu,aku cuba sedaya upaya untuk memotivasikan diri.
cuma apa yang kita boleh lakukan ialah berdoa dan usaha
jangan sesekali kamu menjatuhkan orang lain kerana mahu berada diatas,
mungkin korang lebih faham kalo aku ckp mcm ni
janganla kamu memburukkan dia kerana dia telah merampas kebahagiaan mu.
janganlah kamu mendoakan sesuatu yg buruk padanya kerana dia telah kecewakan kamu.
jika kamu mendoakan yg baik untuknya insyaAllah sesuatu yang baik juga didoakan buat kamu.
aku bersyukur tak terhingga,kerana Allah kurniakan aku perasaan yg sgt2 redha atas apa yg berlaku,
jika tiada rezeki buatku didunia ni,insyaAllah ganjaran ku diSANA nanti.
semua sudah tertulis,tinggal untuk aku jalani dan berusaha untuk peroleh sesuatu.
Saat aku melihat sahabat2 aku menangis kerana cinta,aku juga turut sedih,dalam hati mendoakan
dia juga mampu perolehi kekuatan jiwa sepertimana yang Allah kurniakan pada Summayah.
jika ini yang telah ditakdirkan buat kita sahabat, bukalah seluas2 hati akal dan fikiran..
bahawa Allah tidak akan menduga kamu melebihi kemampuan kamu.
jika tangisan itu mampu membuatmu rasa tenang,menangislah..
tapi jangan sampai memudaratkan diri
salah satu perkara yang buat Allah murka
ialah menyiksa diri sendiri dan tidak dapat terima takdir yang DIA telah tentukan.
kerana dia adalah semolek2 pencipta..
Sayangi diri kamu sahabat,baru kamu layak menyayangi insan lain..
Jaga diri kamu sahabat,baru kamu layak menjaga insan lain..
Yang utama itu sahabat:
- Allah
- ibubapa
- diri sendiri (bagi yang belom berkahwin)
jangan menangisi hari yang lalu,hadapilah kenyataan hari mendatang.









