Saturday, 21 April 2012

Riak & Takabur?

assalamualaikum..

ape yg korang faham pasal riak or takabur?
ape?? orang sombong?? xsemestinya...
pada pemahaman aku la... orang riak ni,adalah seorang yg rasa tiada orang lain yang lebih sempurna melainkan dirinya.. yang terlalu yakin akan dirinya,sampai terlupa kekuasaan ALLAH S.W.T
bermegah dengan apa yang dia ada walaupun kita semua tahu,kita sebagai manusia ni cuma meminjam dari Allah semata.. bila dia berkehendak sesuatu itu terjadi,maka ianya akan terjadi dan kita sebagai hambanya tiada hak untuk mempertikaikan semua itu..
seorang yg riak suka memandang sinis akan orang lain.. merendahkan kemampuan orang lain tanpa mengetahui kelebihannya. seorang yg riak juga mudah leka dengan kenikmatan yg Allah pinjamkan,ungkapan syukur hanya kerana dia mahu kelihatan baik pada umum..
menghebahkan perkara yg belom pasti juga boleh disenaraikan dalam ketegori riak.
niat yg baik insyaallah akan dipermudahkan... jika hati kamu sudah dijangkiti titik hitam,lebih baik kamu sembuhkan..

takabur?? takabur adalah sahabat baik riak...dimana ia selalu ada bersama.
xkira masa dimana jua.. kikikiki.
mereka yg ada sifat takabur ni,menganggap seolah tiada apa yg mampu menghalang perbuatan,mahupun niat mereka.. terkadang sampai terlupa Allah itu mampu lalukan apa saja diluar jangkaan kamu..
disini aku mengingatkan diri sendiri,yang ape jua yg kita lakukan niatlah kerana Allah.
takabur dan riak bagi aku sama erti... sebab lebih difahami dengan perkataan 'Cakap Besar'
'Sembang Kuat' dan lain-lain :)
betulkan aku jika aku salah..

bukan tak ada orang yg pernah riak dengan aku..
tapi kesudahannya.. menyesali diri..
bukan dengan aku je.. jika kamu riak pada sesiapa pun, Allah itu maha melihat..
“Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya tersimpan sedikit saja kesombongan."

Aku bukanlah lahir dari keluarga yang kuat didikkan agama,tapi alhamdulillah... mak dan ayah aku cukup untuk mengajar aku erti kehidupan dunia dan akhirat.. untuk menapak dibumi Allah ini.. dan hidup dalam kelompok masyarakat,bagi aku bukanlah mudah.. jika hati aku punyai sifat riak&takabur ni mohon Allah hindarkanlah..
aku tak pernah mintak kamu dibalas dengan apa atas perbuatan kamu,tapi Allah maha mengetahui apa yg sewajarnya.. aku tak pernah mendoakan yg buruk tentang kamu.cukupla sekadar berdoa kamu kembali pada jalannya..
biar kita nampak hina dimata insan sekeliling.. tapi aku tak mahu nampak hina dimata Allah..