Monday, 14 May 2012

Aku tak mungkin mengkhianati wanita..

kisah yg lalu akan terus berlalu... apa yg jd kini aku harus lalui..
seperit mana sesukar mana sekalipun, ianya berada didepan ku.. bukan dibelakangku.

dia yg pernah mendiami hati ini.. dengan takdir Allah,dia dihadapan ku lagi..
hanya satu perkara yg membuatkan aku terasa jauh dan ingin menjauh dengannya..
adalah kerana,ada gadis lain sedang menantikan kepulangannya..
dan tujuan utama dia kesini atas dasar kerja dan tanggungjawap.. bukan kerana aku,atau bukan semata demi aku.. aku tidak kecewa.. mungkin kerana luka ini terlampau parah hingga aku pandang dia hanya sekadar melihat..tanpa perasaan. aku tahu ramai yg xpercaya semua ni jd padaku.. namun itulah yg aku rasa kini... harapan untuk aku kembali lagi bersama dia seperti dlu kini tinggal kosong.. kerana aku tahu ada insan lain yg menyayangi dan mencintai dia selain aku.. dan insan itu seorang gadis. 

jika telah ditakdirkan aku tidak ada jodoh dengan sidia.. kenapa aku harus perjuangkan perasaan dan harapan kosong?? aku bahagia melihat dia bahagia disamping insan yg selayaknya menjaga dia.. yang selayaknya mencintai dia.. kini aku faham erti.. mencintai tidak seharus memiliki..
cukup sekadar aku tahu dia bahagia dengan pilihan dia.. dan gadis itu akan lebih membahagiakan dia..

aku xsanggup melukai hati gadis itu.. kerana,dia cuba menjadi yg terbaik.. jika nak dibandingkan dengan mereka yg merasa diri mereka terbaik.. hebat sungguh Allah.. aku benar2 meneliti setiap perjalanan yg DIA telah aturkan untuk aku...


Buat sigadis: apa telah kamu miliki aku yakin kamu mampu menjaga dengan rapi..
apa yg kamu curigai ku mohon moga dijauhkan dari hati..
sepanjang dia disini... tidak terlintas dalam hati ingin merampas dia kembali..
telah ku redha apa yg terjadi.. terus terang disini.. dia mampu mempertahankan kesetiaanya demi kamu.
insan yg bakal memenuhi ruang kosong hidupnya nanti.. tiada yg sempurna didunia ini.. tapi cukuplah sekadar kamu dah cuba jd yg terbaik.. pergaduhan kecil dalam perhubungan itu comel.. tapi jika keterlaluan ia akan mengundang kesakitan.. jauh disudut hati dia juga ingin berubah menjadi lebih baik.. kamu sebagai insan yg kini berada dalam hatinya harus meyakinkan dia.. beri kepercayaan pada dia.. sokong dia andai dia benar2 ingin berubah dan tidak mengulangi kesilapan lepas..

Buat sidia: aku hormati sikapmu.. peribadimu. kamu mampu menjaga hatinya dengan sebaik mungkin. kamu mampu setia sebaik mungkin.. usahamu,perjuanganmu untuk menjadikan hidupmu lebih baik sangat2 aku kagumi.. semoga kamu mampu menjadi khalifah yg sempurna.. insan yg sempurna,mukmin yg sempurna..