Mungkin ramai yang dah mengetahui cinta itu fitrah manusia..
rasa kasih,rasa sayang dan rasa cinta tidak mustahil bagi seorang insan yang sempurna mahupun tidak sempurna fizikalnya. perasaan yang lahir itu tidak memilih siapa.
Dalam Islam sendiri menggalakkan kita berkasih sayang, kasih sayang itu satu anugerah terindah.
cuma yang menjadi persoalannya sekarang, Cinta itu dah terlalu jauh disalah erti.. cinta hanyalah apabila rupamu menarik cantik bagi perempuan, dan rupamu kacak dan kewangan yang stabil bagi lelaki.
buat sigadis lumpuh ini, kamu hanya mampu mencintai... amat sukar untuk kamu dicintai. biarlah pengorbanan kamu sebesar lautan sekalipun,kamu sukar dinilai bagi mereka yang mencari cinta duniawi.
namun sebagai hamba yang teguh imannya,kamu jangan sesekali menyalahkan diri sendiri mahupun takdir apatah lagi keluargamu. lagi besar dugaan yang allah turunkan bagimu,lagi besar ganjaran yang dijanjikan allah buatmu selagi kamu tidak berpaling dari jalan allah.
cinta yang lahir sebagai fitrah manusia di zaman kini hanyalah satu sandiwara permainan dunia, bukan lagi sesuatu yang sangat diagungkan dengan kesuciannya.
sigadis lumpuh,kamu pernah mencintai.. tapi belum pasti kamu dicintai,dan saat kamu mencintai kamu telah melakukan perkara yang sangat tidak wajar apabila kamu mencintai hamba allah itu jauh lebih tinggi dari mencintai allah. akhirnya kamu dibiarkan tanpa sedikit ehsan..
seandainya cinta kamu dilandasan allah pasti kamu tidak sesakit ini.
Setelah sigadis lumpuh menyedari akan kesilapan itu.. sejuta ampun seolah tidak mencukupi atas khilafnya selama ini.. dalam membentuk dirinya untuk berhijrah, memperbaiki kejahilan diri..setelah setahun perkara2 jahil itu dia tinggalkan, sekali lagi sigadis lumpuh itu terpandang akan seorang hamba allah dalam rasa penuh kasih sayang. yang dipandang bukanlah rupanya,bukanlah hartanya.. tapi hati berasa hamba allah itu mampu memikul satu tanggungjawap yang sangat besar kelak,dengan penuh kesabaran dan keimanan.
dalam erti dia mampu menjadi seorang khalifah yang sempurna kelak.
namun kerana kesilapan yang pernah dia lakukan dulu,sigadis hanya menyimpan perasaan itu.. sesekali terdetik tentang kemampuan diri,adakah mampu menunaikan kewajipan sebagai isteri kelak.. apakah mampu menunaikan tanggungjawap pada suami kelak? hanya kerana perasaan cinta ini adakah sigadis wajar ketepikan soal yang lain yang dah tentu lebih berat hukumnya.?
fitrah cinta yang wujud dalam hati ini tak harus diteruskan kerana sigadis hanya memiliki rasa cinta, cinta sigadis merangkumi rasa seperti. :
Ingin dikasihi
Ingin dibimbingi
Ingin bersama mencari redha allah
Ingin tempat bergantung saat dia tiada sesiapa kelak.
Ingin saja sigadis berterus terang,tenntang insan yang berjaya membuat sigadis tenang dalam setiap perkataannya ini sukar ditemui,seorang yang memiliki keperibadian yang tenang,rajin,berfikir jauh dan bukan seorang yang mementingkan diri sendiri. yang sigadis cari dalam diri seorang khalifahnya kelak adalah sikap yang mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. dan semua itu ada dalam diri insan itu.
Pandangan peribadi sigadis,seandainya kamu tidak berharta tidak mengapa. kerana setiap rezeki allah yang tentukan tidak akan ada manusia yang kelaparan melainkan dia tidak mahu berusaha.
harta benda bukanlah perkara utama bagi sigadis kerana jika kamu hidup sendiri ada rezeki yang telah ditentukan untukmu apatah lagi kalau kamu berdua..?
itu cuma pandangan peribadi sigadis, pokok pangkalnya usaha.
sigadis tidak risau jika cintanya tidak diterima,kerana yakin pasti akan ada gadis yang lebih layak lebih sempurna buat beliau. cuma sigadis harap,sekiranya perasaan cinta itu sudah diluah dan tidak diterima,silaturahim yang terbina selama ini tidak akan terjejas... setiap insan berhak membuat keputusan yang besar dalam hidupnya tidak ada alasan untuk mempertikai tentang keputusan seseorang.
Allah tentukan setiap yang hidup itu berpasang-pasangan.
Dan Allah menjadikan setiap yang baik ada burukknya begitu juga sebaliknya.
Allah lahirkan rasa cinta itu supaya kamu merasa nikmat dunia.
Mereka tidak akan berjaya dalam apa jua perkara melainkan dengan usaha.
Sunday, 28 October 2012
Cinta dan kasih sayang itu satu fitrah
Posted by ZerraBbit at 07:55










