Thursday, 13 November 2014

Layakkah Kita Menghukum??

         Ini cuma pandangan aku... berdasarkan dari pengalaman diri dan orang sekeliling.
Siapa kita untuk menghukum? layakkah kita untuk menghukum? didalam mana2 kerajaan sekalipun hanya mahkamah yang layak menjatuhkan hukuman.
beberapa contoh yang aku boleh katakan ialah seperti,
"solat tak tinggal tapi dosa pahala tak tahu beza"
siapa kita untuk mempersoal tentang solat seseorang itu? kita tuhan ke? siapa kita untuk mempersoal tentang amal kebaikkan seseorang tu? kita pernah tahu ke apa didalam hatinya?
Contoh kedua:
"baju bukan main ketat,dengan tak bertudung.. dalam ic je nama islam, tapi cara tak macam islam.
sah2 perangai tak elok"
adakah kita tahu setiap amal kebaikkan yang mereka pernah lakukan? dalam islam walau sebesar zarah amal kebaikkan kamu tetap juga akan dicatit. yer menutup aurat itu wajib,tapi amal kebaikkan tiada level.
Contoh ketiga:
"penzina!! berdosa besar! dah la berzina! kau gugurkan anak pulak! ahli neraka!"
kesilapan kesalahan pendosa,semua pernah laluinya...
untuk apa kita berdebat menjaja cerita sipolan dan sipolan itu pernah melakukan perkara terkutuk sedemikian? jika untuk jadikan pengajaran sekalipun janganlah sesekali kita mencemuh menghukum mereka dengan lontaran kata-kata sinis yang menggugat emosi sesorang.
bagi aku..perkara yang berlalu tetaplah berlalu... kita cuma mampu menasihati,memberi mereka semangat , dengan cemuhan umpatan dan kejian sebegitu adakah memberi kesan positive pada mereka? apakah itu menunjukkan bahawa masa depan mereka sudah gelap?sudah tak bermakna lagi?
aku cuma ada rasa menghormati kisah hidup seseorang.. setiap orang dari kita ada kisah silam kisah perit sejarah hitam masing2.. dan perkara itu tak mungkin mampu kita ubah.. siapa yang mampu mengubah sejarah?tiada siapa mampu.. tapi apa yang kita mampu? kita mampu mencipta sejarah.. bagaimana? dengan membuktikan bahawa setiap dari kita yang mempunyai dosa dan sejarah silam masih mampu membangun dengan kejayaan dan bimbingan agama.
pilihan ditangan kita... mereka dan mereka akan tetap terus berbicara tentang kesilapan dan dosa2 kita.. tapi adakah kita mengemis pada mereka? daripada kita mengemis pada mereka lebih baik kita mengemis pada Allah s.w.t.. mengemis untuk menerima setiap taubat dan doa kita.
sebesar mana pun dosa kita antara Allah s.w.t jika kita bertaubat nescaya Allah ampunkan kecuali kita berdosa sesama makhluk.
dosa sesama makhluk adalah seperti diatas.. kita mengkeji,memaki,menghina si pembuat dosa..
andai suatu hari nanti si pembuat dosa itu taubat nasuha? apa yang kita mampu lakukan? taubatnya diterima atau tidak itu antara dia dengan Allah.. kita bukan sesiapa.

Dan jika kita terus menerus menghukum mereka tanpa nasihat dan bimbingan.. berkemungkinan besar mereka akan terus dalam kancah dosa.. bagaimana? apa?itu semua bukan salah anda yang mencemuh?
aku berani katakan YA.. kerana kamu yang mencemuh,mengkeji dan menghina inilah akan membuatkan mereka akan terus ke danau dosa dengan membawa bisikkan hati
"dah alang2 orang mengata..dah alang2 aku pembuat dosa,aku peduli apa lagi dengan semua orang,diaorang tak pernah amek tahu pun jerih perih aku lalui"
membuatkan yang seseorang yang sepatutnya kita pegang tangannya..dan tunjukkan padanya dimana arah kiblat itu terus dan tanpa rasa bersalah melakukan dosa bukan untuk kedua kali mungkin lebih...
dan saat beginilah kita akan dipersoal di akhirat nanti.. kenapa? kerana, mungkin jika kita mengingatkan si pendosa itu tentang dari mana asal dia.. dimana pegangan dia, dan siapa yang mencipta dia dan apa tujuannya.. mungkin dia mampu meneruskan hidup dengan lebih baik walau dengan sisa kehancuran jiwa..

Aku dulunya seorang yang jahil.. tapi aku terus dan terus belajar tentang islam.. terlalu banyak nilai positive dalam islam.. dulu aku cuma melihat ayat seperti: ISLAM ITU INDAH
tapi kini aku betul2 merasakan yang islam itu indah...sangat indah.. jika kita fahami asas2nya.