Wednesday, 5 November 2014

SESUCI MANAKAH HATIKU?

       Aku yang lahir sebagai manusia tidak mungkin akan lari dari kesilapan.. aku pernah bersih dan indah saat aku belum mengenal dosa, saat aku masih berbau syurga.. tapi waktu mengajar segalanya.. aku tak mungkin lari dari menoreh luka... meskipun aku terlanjur melakukan dosa,aku tahu aku tak mungkin ulang perkara serupa....

aku pernah menyakiti disakiti... aku pernah mengkhianati dikhianati.. aku bukanlah nabi, yang sentiasa suci.. namun aku cuba untuk hindari dari dikeji..
aku belajar dari setiap kesilapan yang pernah aku lakukan..
jika mendatangkan keburukkan...dah tentu akan aku jauhkan.. tapi lumrah sebagai manusia.. disetiap penjuru kesilapan itu pasti akan selamanya dihukum.. aku menerima setiap cebis hukuman tu.. aku terima setiap cebis tomahan itu.. kerana itu adalah cara untuk aku kawal kesabaran dan amarahku..

aku dijaja seperti "perempuan yang konon suci" silap aku salah aku...dibawa kemana saja..
aku masih bertuhankan Allah s.w.t aku masih ada pegangan.. aku terima setiap kesilapan..
aku terima setiap hukuman.. mungkin pada ketika itu,aku rasakan dengan membongkar satu pembohongan satu penipuan adalah perkara yang harus aku lakukan tanpa memikirkan kesannya..
aku keliru dengan situasi.. jika aku mendiamkan diri,adakah aku akan dilable kan sebagai bersubahat?dan jika aku membongkarkan adakah aku akan dituduh seorang penjahat?

saat itu, dan ketika itu aku hanya ada Allah... dia maha mengetahui apa niatku.. apa yang tersurat dalam benakku.. dan aku menadah tangan kelangit.. memohon jika apa yang aku lakukan ini wajar menerima hukuman dariNYA.. maka aku menerima dengan ikhlas.. namun hari demi hari.. aku menunggu hukuman dari Allah.. namun aku tidak merasa bebanan..malah Allah menambah rezeki aku.. hati aku semakin tenang..aku didatangi mereka2 yang selalu mengingatkan aku tentang dari mana asalku? dimana pegangan hidupku?sekuat mana imanku? Masya Allah..
aku tidak bangga akan kesilapan yg aku lakukan walau niat itu bukan untuk memusnahkan satu hubungan..
aku baru sedar niat tidak menghalalkan cara...

Jika sesuatu pembohongan berlaku disekeliling kita..melibatkan kawan2 kita...fikirlah sebanyak mungkin..adakah perkara itu akan memburukkan keadaan atau sebaliknya..
untuk lebih menjelaskan situasi ini... Aku telah membongkar pembohongan kekasih abang angkat aku.. yang jelas curang,ketika itu aku diluar kawalan.. kerana aku pernah merasai bagaimana rasa dikhianati..
sekarang aku rasakan... aku tak seharusnya masuk campur urusan tu. dan sekarang aku membutakan mata dengan kecurangan yang berlaku depan mata..
jika aku bersuara namun bakal merosakkan silaturahim.. lebih baik aku membisu .

Aku bukanlah orang suci.. namun aku akan cuba hindar dari prasangka dan perasaan yang dibenci Allah s.w.t