Friday, 12 December 2014

SAHUT CABARAN

    Sebelum ni.. aku cuma terperuk dirumah.. kerana ada sedikit rasa malu dengan keadaan diri.
namun setelah hari berganti hari..tahun berganti tahun.. membuat aku fikir terlalu jauh.
aku harus hadapi dunia luar.. aku harus biasakan diri aku dengan keadaan sekeliling.
harini.. hari ketiga aku bertapak di bandar baru sungai buloh. dengan mencuba naseb dalam bidang perniagaan kecilan. hari pertama aku dihalau pakcik tu.. hari kedua agak selesa. hari ketiga aku tak dapat menjual apa2.. kenapa yer? kerana...rezeki ditangan Allah..
aku dikerumuni rasa takut dengan melihat sebilangan besar warga india keluar masuk,datang dan pergi setiap minit... kerana ada yang mengatakan india mabuk selalu datang buat kacau, dan sekumpulan geng india menyamun para peniaga selepas jam 12 malam.

aku cuma amek upah lukis inai dan beberapa helai shawl.
tadi sekitar jam 10:30 malam..ada dua orang lelaki india...kelihatan mencurigakan.. salah seorang menatap tepat ke tempat beg2 duit hasil jualan kami dan beg barangan kami yang tersandar didinding.
dan keluar masuk kedua2 bank tanpa arah tujuan,kerana kami berniaga dihadapan maybank dan bsn.
wajahnya sangat mencurigakan.. hati aku rasa tak selesa dengan tatapan salah seorang dari mereka,seorang lagi hanya pura2 bermain handfone. terus aku suruh sepupu aku duduk demi melindungi beg2 tu. hampir 10 minit dia berlegar disitu. setelah melihat beg2 tu tersorok kebelakang mereka berlalu pergi.. kerana tak dapat target agaknya. pengalaman yang agak menakutkan bagi aku... kerana aku telah dinasihatkan oleh suami isteri yang berniaga beger otai dihadapan kami,supaya hati2 kerana mereka hampir kene samun.

memang aku mahu mencari rezeki lebih selain ambil upah inai pengantin.. namun dalam masa sama aku inginkan pengalaman. aku ketepikan soal malu.. asalkan aku tidak mengemis atau minta sedekah.
semoga Allah buka pintu rezeki seluas lautan untuk aku...
aku ingin berdikari...

12-december-2014
3:35am