Monday, 12 January 2015

aku tak bertaraf dalam hatimu..

selama dua tahun ni...aku rasa kali ni adalah pergaduhan besar antara aku dengan dia..
aku betul2 lukakan hati dia dan dia juga lukakan hati aku.. cuma antara kami bukan sebagai kekasih. xlayak mungkin.. tapi sakitnya seolah2 mcm pergaduhan antara kekasih. haha (ketawa sinis)
aku cuma satu kenalan bagi dia.. takkan mungkin lebih dari itu.. tapi adakalanya dia buat aku seolah-olah lebih dari kawan biasa.. dia yang bg harapan palsu atau cuma aku yg lebih perasan.

bila aku berontak mengatakan aku hanya boneka.. dia marah.. tapi situasi tu yg membuatkan aku rasa seperti boneka.. mungkin antara kami hanya seperti kekasih gelap.. yang berselindung dibalik erti kawan.. terlalu ramai yg menyayangi dia,terlalu ramai yg impikan dia.. aku cuma debu2 yg ditiup angin.. tidak ada pun xmengapa,ada pun x dihiraukan.

terlalu lama aku mencermin diri.. zahirnya memang xlayak jika dibandingkan dengan mereka yang pernah menetap dalam hati dia.. kekasih-kekasihnya cantik-cantik belaka jika dibandingkan dengan aku yg xbegitu punyai rupa..apatah lagi dengan tubuh badan yg xmembentuk.. haha. dah tentu tiada harapan.. lagipun apa yang aku harapkan dari dia? sedangkan aku tahu... dia masih menunggu cintanya yg satu..

mungkin semua ni terkesan dari jiwa aku yang sunyi.. masa aku mula mengenal dia.. aku baru kehilangan kekasih yg aku tak sangka akan tinggalkan aku dengan memilih wanita lain.
dalam keadaan jiwa yang sunyi...dia datang.. datang dengan membawa cerita2 yg ceriakan aku yg masih berduka..
hubungan yang berlarutan hingga aku lupa dimana titik permulaan keakraban..
aku seolah2 menemui dahan baru untuk berpaut,namun kini dahan itu sendiri memamahku..

sebagai org yg tidak bertaraf dalam hatinya,aku pernah menasihati... pilihlah antara satu untuk dijadikan suri.. aku tidak berniat atau bermaksud untuk dia memilih aku,kerana aku tahu tarafku dimana..
aku cuma tak mahu lebih ramai lagi terluka,kerana aku sendiri rasa kelukaan itu..
aku juga tak salahkan dia sepenuhnya.. dia cuma ingin menjaga hati semua.. siapa yg harus dia persalahkan jika wanita2 itu yg menyayangi dia.. salahnya adalah kerana dia xmampu buat pilihan..

sejujurnya aku rindu.. aku rindu dia.. dari awal telah aku jelaskan..aku cuma mahu perhatian dia.
aku cuma tak mahu diabaikan oleh dia,kerana tiap kali dia abaikan aku akan berbalik pada memori aku dengan bekas kekasih.. kini aku dalam dilema.. sedih nyata sedih,tapi senyum itu pasti.
aku tak berharap akan dapat taraf dalam hatinya,aku tak pernah mengharap sesuatu yg lebih.. cuma jangan sakiti aku..

janji aku tetap aku pegang... aku xpernah lupa doakan untuk orang2 yg aku sayang..
aku tak pernah cintakan kau..tapi aku sangat sayangkan kau...
"L77" semoga kau temui suri yang akan bahagikanmu selamanya...
"ZF89"