Saturday, 14 February 2015

Don't judge a book by its cover

Memang aku jenis perati sikap2 orang sekeliling aku.. sesekali aku menilai.. bukan aku xpeduli dengan mereka.. tapi aku dah penat,aku dah nasihat cara baik.. namun seolah sia-sia.

aku bukan jenis cepat menghukum kerana satu kesalahan,sedangkan dalam hal lainnya dia ada berbuat baik.. bukan orang lain,tapi saudara terdekat aku. ada antara keluarga yang tidak gemar dengan sikapnya,aku akui dia ada satu posisi dalam diri yang tak terbendung,namun siapakah kita untuk meletakkan hukum bahawa manusia itu akan kekal begitu?
dia penah membuat satu kesalahan besar.. yang tiada siapa yang tahu kecuali aku.
disaat dia rasakan yang dia xpunya sesiapa,aku ingatkan dia.. apapun kita bagaimana pun kita..apa pun dosa kita selagi ia diantara kita dengan Allah..bersujudlah.. Allah s.w.t sentiasa bersama kita.
dan senantiasa ampunkan kita,dan dia rindu untuk dengar suara kita merintih memohon keampuanan.

pada mulanya dia seolah-olah akur dengan nasihat aku,yelah dalam keadaan dia rasa dia tak punya sesiapa..hanya ada aku. aku menasihati kerana aku juga pernah mengalami situasinya. jadi sedikit sebanyak aku faham perasaan dia.. namun darah muda menagih hiburan kembali. dia taknak tinggal dengan aku..malah memilih untuk tinggal dengan kawannya.. aku masih berdiam.. kerana aku fikir.. sebagai fitrah manusia itu punya keinginan.. punya kemahuan..
alasan yang dia bg..dia kena kerja.. tapi apa yang aku nampak di facebook dia.. macam tak kerja. 
kesana sini.. kerja apa agaknya dia ye.. jam 1,2 pagi masih diluar rumah.. hurmm yelah kalau tinggal dengan aku tiada kebebasan.. keluar cuma siang hari.. 

tapi sebab dia tinggal dengan kawan ini lah dia berbuat perkara terlarang.. apa masih salah aku kalau aku melarang dia? tapi siapa pula aku kan untuk melarang... dia ada nafsu keinginan dan kehendak.. 
aku nak cakap lebih-lebih nanti kecil hati.. tapi aku yang sedang berkecil hati.. kerana apa yang aku nasihat seolah tiada gunanya.. 

KISAH KEDUA
2

dalam keluarga memang ada saudara yang rapat dan yang tidak.. tapi sebelah mak..ada dua orang perempuan yang rapat.. kini aku kecewa dan berkecil hati dengan keduanya.. 
yang pertama telah aku ceritakan.. dan yang kedua, dia nampak begitu ketara berubah selepas dia dapat kemewahan wang ringgit.. 
tunang dia dapat durian runtuh.. seketul rm25k 
untuk pengetahuan.. duit atau harta dunia sedikit pun tak mendatangkan apa2 rasa dalam hati aku..kerana bagi aku duit bukan segalanya.. 
tolong menolong dalam keluarga lumrah.. apa yang mampu aku tolong,aku tolong.. dia akan mendirikan rumahtangga jun 2015. dia minta aku carikan PA sistem.. dia nak dua hari tempat berlainan rm500.. mana nak dapat harga mcm tu skrg. mulanya aku menolak untuk carikan,sebab aku dah malu dengan kes kakak dan abg ipar aku dulu.. tapi mengenangkan dia pun banyak tolong aku..aku cube carikan juga.. tp bukan PA sistem yang cancel haritu..aku cri yg lain. deal2 dapat 3 harga.. yg ptame rm950 dua hari tmpat berlainan.. yang kedua sewa peralatan rm250 6hari. yang ketiga rm600 dua hari. 
untuk jimatkan kos..aku cuba cadangkan sewa peralatan je.. rm250 6hari.. 
aku tolong handle untuk majlis tu.. maksudnya aku jd DJ. tapi dia dan tunang dia seolah memperlekehkan aku.. aku tak cakap aku hebat..aku tak cakap aku seorang yg pro, tapi sekadar mahu hiburan untuk majlis dan jimatkan kos. cuma aku terluka dengan sikap dia dan tunang dia.. 
kalau sekalipun pandang rendah kat aku..tak perlu memperlekehkan aku mcm tu sekali.. 
aku cuma niat nak menolong.. lagipun sebelum ni..aku cuma DJ online untuk hiburkan kawan2 je.. tak bertaraf la katakan.. bukan DJ radio ternama ke kan.. 
lagipun dia cuma pernah dengar aku menyanyi..tak pernah dengar aku handle seperti DJ. so xleh salahkan dia lah kan. hurmmmmmm 
apa-apa pun dalam dunia ni... kita xleh terlalu cepat judge org.. sebelum kita tahu kemampuan dia.. 
dalam apa perkara sekalipun,xboleh terlalu cepat berkata-kata.
teringat pesan ayah.. 
''DIAM DULU DAN DENGAR,JANGAN CAKAP DULU BARU FIKIR''