Sesuatu yang berkaitan dengan perasaan adalan sesuatu subjek yang sangat rumit... Bagaimana aku mahu huraikan pabila menerima lamaran menjadi isteri kepada suami kawan baik aku sendiri? Jika aku terima aku rasa akulah wanita yang paling kejam Dan tidak pernah memikirkan tentang oerasaan orang lain.. Sedangkan sebelum ni aku terlalu menjaga perasaan orang yang aku sayang.. Lamaran until menjadi madunya sesuatu yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku.. Kerana aku masij yakin Allah sedang mengatur jodoh yang terbaik buat aku..
Dan dalam masa sama juga..hati kecil ku berkata2.. Apakah penantian untuk sebuah hubungan yang lebih istimewa dari Adam akan berakhir disini?? Hingga saat ini aku masij tertanya2 adakah Adam sudi menerima aku dalam keadaan begini?? Atau mungkin menerima lamaran itu,dari aku mengharap sesuatu yang tak pasti?? Sedangkan aku sendiri tak memahami hati aku.. Apa lagi orang lain..
Ya aku akui Adam tam pernah hantar mesej berbau cinta.. Tapi sikapnya buat aku selesa.. Ya dia tidak pernah menyatakan cinta.. Mungkinkah dia punya perasaan yang sama?? Semua masih lagi tanda Tanya.. Apa yang terbaik buatku ya Allah .. :(
Friday, 28 August 2015
Dilema
Posted by ZerraBbit at 03:56
Tuesday, 25 August 2015
Pertandingan karaoke (aku tak menang pon)
Posted by ZerraBbit at 02:4823 ogos..
Saturday, 22 August 2015
SEDANGKAN AKU SENDIRI TAK MEMAHANI
Posted by ZerraBbit at 04:21Adakalanya aku resah dipukul emosi.. Adakalanya aku ingin bersendirian..
Aku sedar aku hanya merosak jiwa..
Aku sedar kesannya..
Dalam senyum,dalam tawaku ada yang tak pernah mengetahui bahawa aku dibelenggu trauma..dimana aku langsung tidak boleh mendengar pertengkaran,pergaduhan, kekerasan, kekejaman atau adegan penderaan..pukul memukul.
Seluruh badan aku menggigil..kepala aku sakit..emosi aku kacau.. Tapi siapa yang tahu? Mereka hanya nampak aku terdiam..hanya nampak aku tersenyum..hanya nampak aku ketawa.. Dalam masa sama jiwa aku sakit..tersiksa.. Aku hanya mampu menangis saat aku tak mampu meluahkan..saat aku tak mampu ceritakan.. Namun aku masih cuba mahu mereka memahami jiwa aku.. Tekanan aku.. Perasaan aku.. Namun mereka cuma mampu katakan aku harus bersyukur dengan keadaanku yang jauh lebih baik dari orang lain..
Apa yang mereka tahu tentang aku? Tentang jiwaku?? Mereka menilai saat aku gembira.. Saat aku ketawa.. Tapi saat jiwa aku tersiksa??
Ya... Mereka tidak salah dengan mengingatkan aku tentang landasan aku sebagai seorang muslim..
Bukan aku tak ingat siapa tuhanku,bukanku lupa tentang takdirku.. Tapi saat ini aku hanya mahu difahami.. Dengarlah jiwa ini perlu ruang untuk mengisi rindu.. Rindu saat bahagia.. Rindu saat aku baru kenal dunia.. Sesukar apakah untuk fahami aku?? Sesukar apakah untuk lindungi jiwaku? Aku cuma manusia yang sedar hidup pasti akan mati..dan mati pasti akan hidup semula.. Apakah aku tidak layak mempersoal dimana erti kebahagiaan aku?
Aku cuba mengawal emosi..mengawal amarah dengan kurang bercakap.. Namun selepas itu aku menangis.. Aku menangis kerana aku rasa berdosa, kerana aku tidak mampu berpura untuk bahagia didepan mereka.. Aku cuma ingin pergi.. :'(
Biar mereka faham erti rindu.. Aku cuma ingin pergi..supaya mereka tahu aku kesepian dalam tawa... Maafkan aku andai aku tak mampu mengawal semua.. Aku juga manusia..









