Perihal aku yang selalu disalah tafsir oleh orang lain.. Kadang2 rasa nak merungut..kadang2 rasa nak luahkan semuanya,tapi bimbang tak ada yg akan fahami.. Aku dibesarkan dalam situasi pergolakkan perasaan yang rumit.. Ada beberapa perkara yg menyebabkan aku jadi begini.. Begini tu bagaimana?
1. Aku seorang yg mudah marah dan mudah reda,bila aku tidak memendam perasaan marah tu.
2. Aku jadi seorang yang sangat tidak kamu sukai bila dalam keadaan marah,kerana marah itu telah dipendam terlalu lama,dan rasa sabar itu mungkin sudah sampai tahapnya. Bila semua yg dipendam itu meledak kamu pasti tidak suka melihat keadaan aku.
3. Sebelum segala amarah itu dilepaskan aku bermatian berlawan antara sabar dan amarah,itu satu hal yang semua orang tidak mengetahuinya.
4. Aku tahu bertapa teruknya aku kelihatan dalam keadaan marah. Dan biarkan aku diam bila hati aku meledak kepanasan kerana aku sekali lagi bermatian menahan diri dari mengeluarkan kata2 yg akan terus menyakiti.. Jangan cuba pancing amarah aku sekali lagi.
5. Jangan dibiarkan aku terlalu lama diam sendiri, jangan bangkitkan tentang perkara yang buat aku marah.. Berbicaralah tentang sesuatu yang menghiburkan.. Bertindaklah seperti amarah aku tadi bukan alasan utama untuk kau membenci aku.
6. Kerana apabila aku terlalu marah aku akan terus menangis.. Jadilah seseorang yang seolah memahami perasaan aku.. Setelah kamu mendengar luahan aku,jadilah penghibur aku jangan berlanjutan dan terlalu fokus dengan kesedihan dan amarahku. Selang seli kan antara sikap memahami dan menghibur.
7. Mungkin yang kamu lihat aku cuma tahu merajuk dan marah.. Sedangkan kamu tak pernah tahu apa yang telah aku lalui hari demi hari.. Percayalah setiap yang berlaku pasti ada alasannya.
8. Aku memang susah difahami.. Tapi itu bukan alasan untuk tidak cuba fahami aku langsung.
9. Dan jangan sesekali cuba memalukan aku dikhalayak, itu satu hal yang tidak dapat aku terima sama sekali.. Dan mungkin kamu akan lihat perwatakkan yang menyakitkan hati dalam diriku.
10. Aku adalah seorang yang suka mencari silap diri aku dalam kesilapan orang lain, tiap2 kali selepas aku marah,aku akan mencari apa silap aku. Dan aku akan buang jauh2 sifat yang dibenci itu. Dan aku harap kamu jangan memancingnya semula.
11. Jangan terlalu memijak2 aku bila aku selalu sabar dan diam.
Bersambung..
Tuesday, 20 September 2016
Aku adalah aku
Posted by ZerraBbit at 12:28









