Tuesday, 27 September 2016

Aku adalah aku part 4

Sebagai manusia biasa, aku tak mampu kawal apa yang orang fikir pasal aku.. Tapi aku mampu kawal apa yang aku fikir..

Manusia ni jarang sekali fikir dulu sebelum  bercakap dan ada yang tak menyesal langsung dengan apa yang diaorang cakap.. Tak dinafikan aku dulu pun macam tu cakap apa je yang aku nak cakap.. Ditekankan DULU!

Tapi Alhamdulillah aku dikelilingi dan dikenalkan oleh orang2 yang matang.. Yang lebih berpengalaman dari aku. Macam sherrod,arian aris.. Adam. Mereka ni lah diantara tuan penasihat aku yang paling mabless.. Haha.

Tiap kali aku dipengaruhi emosi aku selalu la cari diaorang.. Sebab diaorang je yang dapat handle aku dengan cara kematangan diaorang. Selalu bagi nasihat yang tak merugikan aku.

Kenapa tak cerita kat kawan perempuan?? Hahahaha... Biasanya perempuan lah yang selalu tak dapat handle diri.. Mereka (termasuk aku) terlalu emotional.. Sedangkan aku perlukan seseorang untuk bercakap bukan seseorang yang bijak menghukum situasi aku..

Tambah pulak perempuan ni jenis yang acuh tak acuh sangat dengan permasalahan orang lain..dan ada jugak yang mendengar luahan hanya untuk dijadikan bahan gosip.. Dan ada jugak yang untuk ambil kesempatan menjual produk ke hape wkwkwkwkwkwkwkkw... eh??

Bila kita selalu bergaul dengan orang2 yang positif kita juga akan dapat tempias positif tu.. Bila kita selalu dengan oranv2 yang negative kita juga akan dapat tempias negative tu..
Salah satu sebab aku avoid semua sedara mara mt pesbuk tu pun.. Sebab ni lah..

Isu sindir menyindir..kata mengata.. Luahkan segalanya kat pesbuk.
Dah sampai masanya aku jauhi semua tu.. Sepatutnya aku dengar cakap sherrod dari dulu lagi.. Yang media sosial ni mendatangkan impak buruk yang lebih banyak dalam hidup kita..

Kalau untuk bisnes dia galakkan.. Tapi untuk menyakiti hati orang lain atau untuk bergosip baik tak payah..

Okay sherrod!! I listen to you now.. Hahahahaha...

Benda ni semua pengaruh sebahagian hidup kita.. Dan sekarang aku rasa sedikit tenang.. Dan lebih sedikit kebahagiaan dari yang sebelumnya..

Bersambung..

Wednesday, 21 September 2016

Aku adalah aku part 3


Aku ternampak orang post gambar ni kat facebook.

Aku memang jenis garang,tegas.. Tapi aku rasa tepat pada keadaan untuk aku garang ke hape.. Dengan anak2 buah ni mmg aku garang la.. Tambah2 anak abang. Anak abang memang nakal teruk.. Tambah2 anak lelaki dia.. Yelah suke selongkar barang aku..aku ni memang jenis tak suke orang usik barang aku.. Nak harapkan mak bapak dia tegur anak dia.. Memang tak la.. 
Yela dari dulu kot kalau anak2 dia rosakkan barang aku mana penah nak ganti ke.. Bayar half ke..takde. Fikir aku banyak duit sangat kot mentang2 aku ade biz sendiri. Sakit pulak ati kite wak.. 

Dulu headfone asyik patah anak dia buat,lepas beli baru patahkan lagi.. Pastu cakap aku ngan budak pon berkira.. Budak tak budak la.. Tapi budak tu dah boleh dengar cakap..mak bapak la main peranan,memanglah aku belum jadi mak bapak..tapi sistem2 didik anak ni takkan nak tunggu orang ajar. 

(Jahat kan aku?)

Lepas tu wheelchair.. Wheelchair jenis bermoto ni sensitif.. Itu la yang dia dok main sangat. Kalau jahanam susah.. Kalau dapat harga rm2 rm3 takpe kalau rosak pun boleh beli lain.. 

Adik aku punya dah pernah terbakar moto dia.. Tapi kalau aku marah.. Aku balik yang kene marah. Tapi keje aku bukan nak marah je.. Ade je aku manjakan budak2 ni lebih2 lagi kalau bab makan.. Bab makan aku memang tak berkira sangat lah.. 

Jadi aku rasa mereka2 ni jenis yang selfish..yang tak pernah fikir kesusahan orang lain. Dan aku bukan jenis berpura2 sukakan ko padahal aku tak suka ko.ha paham?

Sebab tu orang nampak aku jahat..sebab aku straight foward sangat.. 

Tuesday, 20 September 2016

Aku adalah aku part 2

Untuk aku huraikan sepenuhnya tentang diri aku, ada certain part yang aku sendiri pun tak faham tentang diri aku..

12. Aku tak pandai cheer up situasi yang murung.. Takut bila nanti ada yang terlalu mencari salah aku.

13. Hati aku yang dah terluka ni jenis yang lambat pulih.. Dan aku memang jenis cepat memaafkan tapi tak cepat melupakan.

14. Bukan semua orang boleh pujuk aku.. Ha yang ni aku nak bagi penekanan sikit.kalau kau boleh pujuk aku serta merta tu maknanya kau hebat dalam pandangan aku..maknanya kau orang yg bermakna dalam hidup aku.

15. Aku tak suka keluar bersama2 orang yang selalu bagi masalah tiap kali keluar sama.. Jenis orang yang cepat spoil mood ni,memang aku elakkan lah keluar dengan dia..

16. Naluri aku sangat kuat.. Itu sesuatu yg kau tak boleh nafikan walaupun kau cuba bohong seribu kali sekalipun. Instinct kate omputeh.

17. Aku bukan jenis cari pasal kalau orang tak cari pasal dengan aku dulu, tapi kalau orang cari pasal takkan aku nak duduk diam.. Walaupun aku macam ni lah.

18. Dan aku bukan jenis hiporkrit, berlakon baik depan orang yang jarang aku jumpa. Buat2 suka konon2 tak kesah.. Ohh pelisssss. Muka aku akan gambarkan perasaan aku.

Iklan: eh cakap panjang2 ni entah korang faham ke tak entah. Hahahaha

19. Dan aku paling tak suka orang yang suka rembat barang orang,buat barang orang macam harta kau melainkan aku tahu kau akan jaga barang aku elok2 macam nyawa kau sendiri. Sebab? Nak tahu sebab? Sebab untuk aku dapatkan semua tu aku kena usaha sendiri bukan petik jari je dapat semua tu. Terbongkok2 sampai terkepit peranakkan demi dapatkan duit beli apa yang aku suka. Tapi bukanlah bermaksud aku kedekot piang.. Cuma barang2 yang mahal2 ke..yang aku sayang ke.. Ha mcm tu lah maksud aku.

Bersambung..

Aku adalah aku

Perihal aku yang selalu disalah tafsir oleh orang lain.. Kadang2 rasa nak merungut..kadang2 rasa nak luahkan semuanya,tapi bimbang tak ada yg akan fahami.. Aku dibesarkan dalam situasi pergolakkan perasaan  yang rumit.. Ada beberapa perkara yg menyebabkan aku jadi begini.. Begini tu bagaimana?

1. Aku seorang yg mudah marah dan mudah reda,bila aku tidak memendam perasaan marah tu.

2. Aku jadi seorang yang sangat tidak kamu sukai bila dalam keadaan marah,kerana marah itu telah dipendam terlalu lama,dan rasa sabar itu mungkin sudah sampai tahapnya. Bila semua yg dipendam itu meledak kamu pasti tidak suka melihat keadaan aku.

3. Sebelum segala amarah itu dilepaskan aku bermatian berlawan antara sabar dan amarah,itu satu hal yang semua orang tidak mengetahuinya.

4. Aku tahu bertapa teruknya aku kelihatan dalam keadaan marah. Dan biarkan aku diam bila hati aku meledak kepanasan kerana aku sekali lagi bermatian menahan diri dari mengeluarkan kata2 yg akan terus menyakiti.. Jangan cuba pancing amarah aku sekali lagi.

5. Jangan dibiarkan aku terlalu lama diam sendiri, jangan bangkitkan tentang perkara yang buat aku marah.. Berbicaralah tentang sesuatu yang menghiburkan.. Bertindaklah seperti amarah aku tadi bukan alasan utama untuk kau membenci aku.

6. Kerana apabila aku terlalu marah aku akan terus menangis.. Jadilah seseorang yang seolah memahami perasaan aku.. Setelah kamu mendengar luahan aku,jadilah penghibur aku jangan berlanjutan dan terlalu fokus dengan kesedihan dan amarahku. Selang seli kan antara sikap memahami dan menghibur.

7. Mungkin yang kamu lihat aku cuma tahu merajuk dan marah.. Sedangkan kamu tak pernah tahu apa yang telah aku lalui hari demi hari.. Percayalah setiap yang berlaku pasti ada alasannya.

8. Aku memang susah difahami.. Tapi itu bukan alasan untuk tidak cuba fahami aku langsung.

9. Dan jangan sesekali cuba memalukan aku dikhalayak, itu satu hal yang tidak dapat aku terima sama sekali.. Dan mungkin kamu akan lihat perwatakkan yang menyakitkan hati dalam diriku.

10. Aku adalah seorang yang suka mencari silap diri aku dalam kesilapan orang lain, tiap2 kali selepas aku marah,aku akan mencari apa silap aku. Dan aku akan buang jauh2 sifat yang dibenci itu. Dan aku harap kamu jangan memancingnya semula.

11. Jangan terlalu memijak2 aku bila aku selalu sabar dan diam.

Bersambung..

Thursday, 7 April 2016

Hello mr. Huru hare?? (Last episod)

Fuhh... Aku tarik nafas panjang2.. Dan aku akan menulis dengan baik...
Kita dah xmcm dlu... Dah xde gurauan..dah xde kemesraan walaupun sebagai kawan.. Perkara ni terjadi dari sebelum kite balik ke kelantan melawat nenek.. Kau dah mula berubah dan menjauhkan diri.. Dan aku xtahu apa puncanya... Aku takut kalau aku ade salah yg aku xsedar... Tapi alasan yg kau bagi..kau penat... Satu je yg kau perlu tahu... Naluri aku kuat... Benda ni jelas lepas aku buatkan ubat resdung kt kau.. Aku xpasti kalau aku yg terlebih2.. Mungkin yer... Dan selepas tu.. Kau terus menjauh.. Tapi aku tunggu peluang yang baik untuk bercakap berborak dengan kau walaupun cuma lawak2 bodoh... Aku ingatkan di kelantan nanti.. Everything gonna be okay.. Tapi kau semakin menjauh... Kau tak pedulikan aku.. Kau xsembang ngn aku... Kau teragak2 bila nak bercakap dengan aku.. Akhirnya kau diamkan diri terus dari aku... Aku cuba banyak kali untuk bercakap ngn kau.. Tapi kau tolak dan terus menolak... Hati aku sakit... Lepas balik dari kelantan aku luahkan semua... Aku emosi... Aku stress.. Kenapa kau layan aku macam ni... Apa dosa aku? Apa salah aku? Dan mulalah whatsapp bertubi2 dari aku... Menyerang whatsapp kau... Segala apa yg bermain dalam fikiran aku segala apa yg aku rasa...semua diluahkan... Dalam masa sama.. Aku sedar..aku dah xmcm dlu... Aku dh xreti memendam... Dan kau.. Baru nak jelaskan semua bila aku dah emo... Kau kata...kau sedar kita semakin rapat dan rapat... Kau takut hubungan tu akan berubah dan melebihi batas.. Kau takut aku mengharap..kau takut aku terluka lagi... Tapi dengan sikap kau yg menjauhkan diri..lagi buat aku terluka... Tapi aku xsalahkan kau..mungkin mase tu kau rasa itu jalan yg terbaik untuk aku sedar yg kita sekadar kawan sahaja... Tidak lebih dari tu... Bila aku rasa aku pon perlu jauhkan diri... Kau kata hubungan yg dah rosak dah xboleh diperbaiki ke? Aku cuma mintak masa... Ruang.. Tapi kau kata aku akan sisihkan kau.. Bukan tu maksud aku...
Sebelum ni aku sangat2 selesa dengan kau... Aku boleh citer ape je dengan kau... Tapiiii aku belom sampai tahap jatuh cinta kat kau... Belum lagi.... Org dalam rumah ni selalu tanya... Aku tak suka kt kau ke? Maksud suka tu mcm syok kat kau lah... Aku jawap tak... Aku tak tahu mcm mana perasaan suka tu? Yg aku tahu aku selesa dengan kau... Hati aku rase senang je... Rase happy... Sebab... Selama ni... Orang kat rumah ni busy dengan keje masing2.. Dan aku pon cuba busykan diri  mcm diaorg..tapi xboleh.. Keje xmasuk huhuhu.. Kalau aku boleh busykan diri mesti aku xmcm ni... Kau bayangkanlah... Aku hari2 makan sorg2... Tgk tv sorg2... Msj org pon kadang2 je...sebab org lain ade keje masing2... Nak berbual2 luahkan hati pon xde orang nak layan... Pastu aku ade kau je.. Yang nak melayan aku... Ceritakan pengalaman2 kau... Aku tak mengharap kau akan buat lebih... Cuma jangan hilangkan apa yg dah ada... Teruskan bercakap dengan aku walaupun bende yg tah pape... Yer aku perasan... Bila kau tgk aku pakai keybord photo..aku ltk gambar kite... Mase tu kau dah fikir mcm 'shit! She like me!' Sorry la kasar sikit... Kau dah tkot dah mase tu... Tapi mcm aku ckplah... Aku bukan xcuba elak benda ni..benda hati dan perasaan ni...aku dah cuba... Cuma aku rasa selesa sangat2... If someone coming and take care you... Make fun.. Gelak2..sape xselesa kan?? Sape2 pon akan selesa... Tapi aku xpenah cakap kt sapa2 aku ade feeling lebih2 kt kau... Cuma aku penah cakap aku selesa... Faham kan erti selesa... Pasal hal yg kau cakap aku takot kehilangan kau... Ermmmm yer aku xnafikan... Sebab aku tkot aku akan jd kemurungan mcm skrg ni... Sebab aku akan balik kepada hidup aku yg asal... Yg xde sape2 pedulikan aku.. Walaupun mereka rasa mereka dah buat segalanya untuk aku... Mcm kau ckp.. Mak cari duit semua tu utk aku... Tapi demi cari duit.. Kasih sayang,perhatian dikorbankan... Aku tkot kehilangan org yg selalu buat aku ketawa... Selalu bawak aku jalan2... Pasal hal hati dan perasaan ni... Dah lama aku serahkan pada yg atas.. Tapi yakinlah..aku boleh handle semua ni... Perasaan aku xbegitu penting... Banyak lagi perkara lain yg perlu diutamakan... Aku dah biase pujuk hati sendiri...aku pandailah bab pujuk memujuk ni heh! :p
Kalau kau rase xselesa dengan semua ni... Aku mintak maaf... Maaf sangat2... Ni sebenarnya apa dalam hati aku... Ni lah sebenarnya apa yg aku rasa... Kalau kau rase aku mengharap balasan... Aku mintak maaf.. Sebab aku dah tulis semuanya dalam post2 yg sebelum ni... Aku ikhlas.. Cuma aku rasa terbuang... Contoh mcm.. Aku dalam bilik gelap... Dan kau dtg bawak mentol 500wd ke bape tah lebih kurang gitulah (aku bukan budak mekanikal :p )
Kau pasang dan nyalakan... Sampai satu saat aku dah boleh jalani hidup aku yg disuluh terang tu... Tiba2 kau pergi... Sebab kau nampak aku terlalu bergantung pada kau... Bilik tu jadi gelap balik... Masa mula2 bilik tu gelap.. Aku mmg cuak... Aku rase nak menangis..aku rasa tkot... Tapi bila aku dah puas menangis... Aku fikir dengan baik.... Sebelum ni aku boleh hidup dalam bilik gelap ni... Kenapa sekarang tak lagi? Seharusnya aku bersyukur Allah hantar cahaya tu melalui kau walaupun sekejap... Kau faham kan? Aku bersyukur apa yg aku ada..cuma sesekali hati rasa rindu dengan kasih sayang yg dah lama hilang walaupun dari keluarga sendiri... Allah ketuk hati aku sikit je... Aku dah melalak... Ape lagi kalau Allah bg ujian yg lagi hebat... Allah hantar kau kat sini sebab Allah nak tlg mak.. Allah hantar kau kt sini supaya aku sedar dimana kekuasaan dia... Allah hantar kau kat sini supaya mak ayah dapat rasa ada anak lelaki yg serba hebat mcm kau.. Serba boleh... Mcm superhero... Allah bg mak ayah rasa ada anak lelaki yg bertanggungjawap mcm kau... Aku dh bersyukur dah,dah cukup dah bagi aku... Cuma aku terkilan sebab aku disisihkan... Aku ulang banyak kali... Yg aku tak pernah mintak lebih dari kau...atau lebih dari yg sepatutnya... Aku bersyukur dengan semua ni... Walaupun solat aku jarang2,walaupun aku bukan hambaNya yg taat... Tapi aku sedar kekuasaanNya... Aku xboleh melawan takdir... Dan aku cuma manusia biasa... Yg buat silap dan sentiasa buat silap.. Dan pesan aku yg terakhir... Jangan salahkan diri kau... Semua ni jadi dah melewati masa... Kita tak boleh berpatah balik... Cuma kita ada dua pilihan... Jadikan perkara ni lebih buruk.. Atau lebih baik...
Aku dah redha.... Cuma perlukan sedikit masa... Mungkin Allah rindukan suara aku... Tangisan aku... Sebab tu dia hantar ujian ni... Terima kasih untuk segalanya Encik huru hare.... Aku bahagia dpt kenal kau... Kau bawak banyak senyuman diwajah mak ayah dan adik aku... Aku xkn dapat balas semua tu.... Semoga kau sentiasa dalam jagaan Allah s.w.t...
Semoga impian dan doa kau termakbul... Semoga kau berjaya tebus nasib keluarga kau nanti... Untuk selamanya kau tetap superhero... ;) jaga diri baik2....

TAMAT..

Monday, 4 April 2016

hello mr.Huru hare?? (part 19)

Makin lama..Aku rase.. Makin kuat yg ko akan jadi mcm firdaus... Bila tgk mate kO...Ape yg ko buat semua jadi dua kali ganda kt mata aku...Kt hati aku... Bila ko buat aku hepi.. Hepinye jadi 2kali ganda... Bila ko buat aku sedih...Sedihnya pon jadi dua kali ganda... tambah pulak sekarang aku rase ko mcm dah lain... Xmcm dlu dah... Ko dah xpeduli sgt kt aku... kadang2 aku tanya diri sendiri...Apa yg patot aku rase eh? rasa marah ke...Rasa sedih ke... Rase suke?? ko boleh jawap? kadang2 kan...Aku rase... Ahhhh! lantaklah... Kenapa aku nak pedulikkan semua ni? aku sape? kelaka betol aku ni.... Dulu ckp... Perasaan ni xkn lebih... Tapi kenapa skrg lain? syaitan mane lah yg menghasut aku ni.... Weyy fazira... tau lah ko mmg susah tgk cermin... Sesekali ko kene tgk cermin... Sebab baru ko sedar ko sape.... Takat nak kawan biasa org boleh lah terima... Ko perfect sgt ke sampai org nak ade perasaan lebih? kelaka la ko ni fazira.... Kene gelak sia2 jer.... Mcm smlm kt spital mase melawat nenek... Dia x pedulikan ko sgt pon...Ko je terhegeh2...Malu la sikit...

Argh!! ko dh kene buang ape jer rase yg terlebih2 tu... Mlampau sgt dh gayanye... Buat malu muka je nanti... Baik ko stop skrg fazira sebelum ko cedera lagi teruk....

Tuesday, 29 March 2016

Hello mr.Huru hare?? (part 18)

28, november 2016


Ni first time ko balik lewat lepak ngn aku.. Selalu... Dalam kul 9-10 ko dh balik... Semalam je kul 11... hari ni kul 12:00 
Oklah aku jujur.... Aku rase ko mcm dah betol2 jd sebahagian dri family aku.... Aku dah xde rase janggal... Ko pon dah xde rase janggal.. Tapi sejujurnya aku masih jaga batas.. Aku pelik sgt... Biasanya hati aku akan berdebar2 kalau berdepan dgn lelaki yg aku suka... Tapi... Dgn ko aku rase mcm biasa... aku betol2 xfaham dgn hati aku... Eh tapi xsalah kan..  Kalau hati ni bersikap jaga diri sendiri... Dia dh banyak kali terluka.. 
Al kisahnya smlm aku ade beli ubt resdung... Yg bakar tu... Utk kak seri... Sekotak rm50 ade 50 batang... Ptg td aku msj ko tnye nk wat resdung x... Ko mcm acah2 malew...Phuii hahhhaha... Ckp "entahlah...Ikot ah" 
Elehhhhhhh..... tu yg ko balik lambat sikit... Buat resdung dgn picit jerawat... Kecoh sgt muke ko tumbuh jerawat kan? hahahaahha.... Ha amek... 
Skip skip... 
Btw ... Tadi mak citer pasal nak g umrah... Nk bawak ayah, adik, aku... Pastu ko pon ckp nk ikot.. nak bawak mak ko... Insha Allah... Kalau ade rezeki kite pergi k? tapi kalau boleh... Aku nak pergi dengan suami aku... Sape suami aku? xkisahlah sape2 yg Allah dah jodohkan... sebab apa? sebab suami aku halal sentuh aku.. Pegang aku...Angkat aku... Ofkosss la suami aku kene kuat kan? haahahahahhahahaha xdelah... Aku xkisah semua tu... Allah tahu suami yg mcm mana yg aku perlu.. Dan suami yg mcm mana yg sempurna utk aku...Walaupun aku xsempurna... Hurmmm aku kene diet betol2 ni... Mak ckp tahun depan nak pegi... Hehehehhhehehehehehe.... I love you Allah..
You are perfect creator... Aku bersyukur dilahirkan dalam agamaMu yg suci... 

Monday, 28 March 2016

Hello mr.Huru hare?? part 17

Hurmmm...Aku mmg dh lama xmenulis kt sini.. Yelah kebelakangan ni aku bz giler... Dengan inai pngntin...Dgn jelas inai.. Dgn tempahan props cik dot.. (aku tau dia tgh bace ni)
Rase letih sangat... Sampai xsempat nak menulis atau kengkonon mengadu domba... Huhuhu sedeyyyy! selepas kejadian merajuk2 tu... Aku ngn dia kembali normal... Yelah kan.. Kadang2 aku pun xsangka... Kalau dulu,dalam setiap pertengkaran...Aku tak pernah mengalah..Dan Xnak mengalah... tapi bila ngn ko... Aku rase... Mcm mudah cool down... Even aku pun baran... Tapi xla teruk :p
baru2 ni... Aku mimpi... Ade org pakaikan aku tudung putih... Yg jelas org tu lelaki... Tapi aku xnampak muka... Bila aku gugel... Maksudnya aku akan dapat jodoh dgn org yg elok agamanya.... Bila aku bace tu.. Aku tiba2 teringat satu kejadian...Saat aku solat maghrib... Detail hari semua aku xigtlah.... Tapi dalam sujud tu... Jelas nampak muka encik huru hare ni.... Tapi aku diamkan lagi.. Takut mainan syaitan dalam solat... Tapi selepas aku mimpi dipakaikan tudung putih tu... Aku terfikir.. Apakah semua ni? yelah... Mcm aku tahu.. Ko pon sedang perbaiki diri... Ko mcm aku jugak... Masih mendalami agama Allah... Masih perbetulkan kelalaian yg Allah amanahkan... Kdang2 aku takut... Aku takut nak syg ko... Sebab aku tahu satu hari nanti ko akan tinggalkan aku... Mcm yg 'diaorg' buat... Aku takut sgt hal tu... Dan aku takut ko hanya anggap aku hanya kenalan biasa... Tak lebih dari tu... Ya aku masih ingat janji aku dengan Allah... Yg aku xkn menuntut apa2 balasan dri ko atas segala yg aku pernah buat utk ko... Aku xlupa tu...Daa sentiasa igt... Sbb ni berkenaan janji aku dengan Allah... Dan dalam masa sama.. Aku sedar aku ni macam mana... Yer... Xdinafikan... Ko ade rupa... Aku ni? hahahaha kalau nak dok sebelah2 pon mcm xpadan.... Dengan usia lg... Beza 5tahun dri ko.... dengan fizikal lagi... Aku malu... Sumpah aku malu... :'(
Tambah2 bila tengok ko ade komen2 ngn pompuan lain ke... Balas msj kwn2 ko ke.. Aku rase mcm.... "Hello zerra! ko sape nk kawal selia dia nak msj sape? suke hati dia lah! ko rase ko diva?! ko shantek sgt sampai dia kene tgk muke ko je?! please sedar diri!"
Ha mcm tu lah.... Yg bermain dalam pale otak aku... Walaupun hati aku ade rase cemburu.... Tapi... Buat apa aku nak layan sgt perasaan tu? xkemana ponnn...
Skip...Skip...
Tadi kan... Aku ngn ayah g GM kelang... Bila lalu depan aeon bukit tinggi... Aku ckplah ngn ayah..Benda tu spontan terkeluar dri mulut... "Firdaus kawen ngn org bukit tinggi la ayah..Tapi xtaulah kt mana" aku perasan aku ckp dlm nada sebak... Weyyy! nape aku sebak? nak nanges weyyyy tlg bg pinjam bahu... :'(...
Pastu ayah ajak sembang.. Pasal penyakit firdaus dlu... sembang2 aku ckplah.. firdaus sama mcm hafiz jugak yah... Hafiz pon sakit dulu... Ayah tanya hafiz kuat merokok ke?
Aku ckp...Xlah.... Sebab kerja dia teruk dulu... Sepanjang perjalanan aku rase nak nanges meraung2... Sebab aku tahu... Satu hari nanti hafiz a.K.a encik huru hare ni pon akan tinggalkan aku... Dan mungkin juga dia akan lupakan aku mcm firdaus... Dan mase tu... Aku hanya ketawakan diri sendiri.... Yerr aku ketawakan diri sendiri... Tapi aku akan cuba sekuat yg aku mampu... Untuk tidak menaruh harapan kt encik huru ni..Mcm mana aku menaruh harapan kt firdaus.... Aku nak belajar ikhlaskan diri.... Aku terima apa je ketentuan Allah s.W.T
Balik dri kelang td... Acah2 ajak ayah g tgk mak niaga ngn encik huru ni... Ayah pon on... Oklah... Sbb ayah mmg dh lama nak ajak aku kua.... Aku yg malas... Huhuhu..
Pastu. Jek kerusi roda ni rosak lg..Bengkok... ape lg... Encik huru tolonglah betolkan... Balik dri kedai mak.. Ayah tanya2 pasal encik huru lak...Ayah puji..Ayah ckp... Naseb baik apiz pandai repair sikit2...Dan aku pon citerlah sedikit sebanyak yg aku taju psl ko kt ayah.... Huhu...
Balik umah... Lpas ko balik ngn mak... Ko lepak2 ngn aku mcm biasa... Kt tepi tingkap .. Lepas aku conteng tgn ko... Ko tertido hahahaha....
Mcm ni rupa ko tido weyyyy...



Aolololololo.... Xsampai ati lak nak kejut... Kul 11 ko balik umah... Dan... Macam biasa..Lepas ko balik.. Aku akan sebak.... Sebak sebab takut akan janji aku dgn Allah.... Bila aku mula menaNgis... Aku mula baca al-fatihah... Zikir...Selawat...Utk pujuk hati... Au serahkan 100% padaNYA... Apa pun aku redha.... 

Bersambung......

Tuesday, 8 March 2016

Hello mr.Huru hare?? (part 16)

8 March 2016,

Kebelakangan ni,ko mcm lain lah... Jumaat lepas ko balik kg.. selalunya bila ko kt kg..Ko text jugak aku... ni xde pon.. Aku text ko... Tpi cara reply tu xmcm selalu... Mcm terpaksa reply je.. Mcm xde mood... Aku still lg fikir positive.. maybe ko penat.. Bla bla bla... Sebab ko xpenah buat mcm ni... So aku jd kecik ati.  Aku call ko xjawap... Aku call sekali je.. Sebab xurgent... Just nak tahu keadaan ko Je.. Tapi hati still ade rase sakit.. Ahad pagi.. Dpt notification ko mention reply to komen aku... Alahh komen dkt page leteww... Aku just like je komen ko tuuu..
Ati ase mcm nak merajok teruk.. 
lepas komen.. Ko wasap.. Tnye nape dp wasap xde.. Ko leh buat kan? aku pon leh buat... Haaa jgn kate dp wasap...Dp wechat segala apa yg ptot aku buat utk tunjuk aku protes.. aku sakit ati sebab aku rase ade benda ko hide dari aku... Aku susah nak percaya org...Ko pon tahu aku susah nak percaya ko... Tapi bila aku dah percaya ade je benda2 yg wat aku curiga... Aku try sekali lg.. Tunjuk protest... Aku padam semua moment kt wechat... Aku igt ko xpenah pandang moment aku.. (ayat majok)
And then.. Ko wasap... Tnye kenapa moment berkaitan ko dipadam? simple words and lie answer aku jawap... "saje clear moment"
Pastu mula la ko meroyan... Ckp aku fikir bukan2 lah.. Ape2 lah blah blah blah lah... Huffff!!
Siap ckp aku xpayah susah2 cri diri ko yg hilang tu... Aku ni ape wey? aku buat semua ni utk ape wey? tapi aku xnk ulang kesilapan aku yg lepas..  Aku xnk gado panjang2.. Aku nk ko tau ape aku rase je... Aku bukan muda lagi... Darah panas dah xbape panas dah... Benda boleh bincang kan. .. So bila ko dah balik sini,aku buat biasa... Mcm nothing happen even hati aku ade terguris sikit kan...Alahhh nanti aku polish la hati aku tu.. Calar sikit je pon hurmm... Dan aku sedar sesuatu... How i act to save the relationship... Tapi aku still xdpt bace hati ko..  Ko marah Ke.. Ko sakit ati ke sebab aku delete sume moment2 pasal ko. Ko balik sini,ko ckp ko demam... Yeahh sound ko pon mcm sengau..Hidung tersumbat la kan.. Teruk nak memujuk ko semalam bangun makan.. Kang xmakan lagi teruk sakit tu.. Ubt xmakan nanti mcm mana nak keje... And everything berlalu mcm biasa... Sampailah pagi ni...Aku kejut ko bangun... Ko xpenah tnye mcm tu.. Aku tanye dah bangun ke? ko jawap "nak ape??" 
Aku tersentap.... Ni hafiz ke? atau ni ke hafiz yg dlu? mcm ada kemarahan yg ko xlepaskan... 😭😭

Sambil menaip pasal ko..Sambil cakap ngn ko kt tepi tingkap ni.. Ko bukan nampak pon hahahahaha... 

"Ya Allah, jika ada sisa2 kemarahan dalam dirinya..Kau hilangkanlah. Jika ada sisa2 kesedihan dalam hatinya kau hilangkanlah. Gantikan dengan kebahagiaan,kejayaan dan kesabaran."
Amiinn... 

Bersambung....

Thursday, 25 February 2016

Hello mr. Huru Hare?? (part 15)

25, februari 2016
aku xtaulah ni perasaan ke perasan.. hahahaha...
tapi kebelakangan ni.. ko selalu mention2 nama aku kat pesbuk.. tambah2 kalau post tu kelaka. haha... mungkin aku yg mula dlu kot... lepas tu berpanjangan lah tabiat tu... kadang2 aku tertanya2... ko buat mcm ni jugak ke dengan kawan2 perempuan ko yang lain? tapi soalan sekadar bermain dalam hati je.. nanti ape pulak kate ko kan.. dan... kebelakangan ni.. ko suke selpie ngn aku... dan soalan sama bermain dalam hati aku.. ko ade selpie dengan kawan2 pompuan ko mcm ni jugak ke eh? ke...aku je perasan lebih? huhu...
pompuan beb..mmg cpt perasan wkwkwkwkwk... aku tanye je.. elehhh.. :P

mak kan... hari2 selalu citer pasal ko... satu hari tu..mak citer ape tah.. mak kate ade dua org minat ko dalam umah ni... aku tanye lah sape?? mak ckp..adik minat giler kt ko... hahaha aku gelak je la..sebab ko ensem,good looking bla bla bla... hahaha. pastu aku tanye lagi sorg sape? mak gelak...mak ckp...adelah 'org tu'... aikkkk...dia main tuju2 pulak...
mak tanye aku...aku xminat ko ke? aku tibe2 jadi cm blurrrr blankkk doh... haha... aku ckplah xde rase pape pon... rase biase je... kalau aku nk syok kt ko,dari awal kenal aku dah giler2 kt ko, hahaha tapi pelik...xde pulak rase mcm tu.. lagipon,xnklah perasan sgt,nanti jadi kes mcm firdaus tu.. aku sedar diri aku sape... aku pelik jugak... kat hati aku ni xde rase pelik2 pon utk ko... xde rase debar2 pon bila tgk muka ko..hati aku ni xde bunga2 pon bila dok ngn ko.... tapi aku rase selesa... aku rase aku boleh jd diri sendiri..aku rase aku xperlu belakon cover ayu bagai depan ko... tu sejujurnya yg aku rase lah.... ke satu fitrah manusia aku hilang?
perasaan aku mcm kosong... atau mungkin sebab,aku tahu suatu hari nanti ko akan pergi tinggalkan aku,alahhh macam fauzi,macam firdaus buat tu kan.... jadi aku xperlu terlalu sayang kt ko...mcm tu ke? aku pon xtahu ape hati aku rase... hahahaha... aku anggap,ko cuma tugas dan amanah dari Allah untuk aku... untuk uji tahap keihklasan aku.. tu je.

xsalah kan kalau aku bersikap mcm ni?? ko manusia biasa...aku pon manusia biasa... kita diamanahkan untuk berbuat kebaikkan.. sesama manusia atau sesama makhluk.. dan aku cuma buat apa yg perlu dan apa yang diamanahkan... ermmm..

dah! xnak citer sedih2 lg.. hahaha sedihla sanadddddd....

ni lepas kenduri akikah rayyan..kiteorg merayap ke the store jepppp huhu...pastu g hantar sela kt gombak...
sesambil aku nak beli barang2 mandian.. omaigoshhhhhhh tembamnyaaaaa huhu..



 nak tengok hasilnyaaa??? tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
 lepas lukih tangan aku... dia mintak pulakkkk...ishh sebokk jeeee.. :P
(aku suke pic ni :P >.<!)
 orang xnk selpieeeeeeee....sebab buwokkkkk saje je kannnn mencik!
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..ni lah hasilnyaaaaaa.... alhamdulillah... hahaha
slap atas dahi best ni...wkwkwkwkwkwk... 
walaupon spider aku cm xsekate... hahaha.... ikot aku nak wat popye je... :P 

Bersambung.......

Monday, 15 February 2016

Hello mr.huru hare?? (part14)

15 februari 2016,

Aku akan cari apa saje cara untuk ko dapatkan balik keceriaan hidup ko yang dulu... apa saja...
walaupun kadang2 perasaan aku terkorban.. banyak sangat benda yang jd dalam 3minggu ni...
adik masuk ward.. dan permasalahan orang dalam rumah...
25hb januari.. ko balik kampong jengka pahang,sebab nak bawak adik ko register sekolah... bila ko balik sini,adik aku pulak warded suspect denggi... hari rabu tu aku ajak2 ayam je.. nak g melawat adik ke... ko ckp nak... tapi amek ko kt umah...oklah..aku mtk tlg abg rian amek ko kt rumah. mula tu aku happy.. bila aku dah siap2,muke kak seri mcm lain... yelah aku faham mungkin penat... tapi aku tengok dia mcm pandang slek je kt aku... maklumlah aku skrg hati mudah tersentuh... tabung ayam ni pulak call berpuluh kali xjwp... tido.. aku mcm dh stress...tiba2 rasa nak menangis..so aku g dapo menangis.. ayah pulak bila tahu ko nak ikot...dia ckp..ko je yg drive.. dia xlarat... kak seri nampak aku nangis kt dapo... kengkonon pujok la aku... padahal mula touching ngn dia jugak.... tpi aku diam..sebab xnk banyak masalah...
dah sampai spital... rutin biasalah melawat org sakit...xleh bising2... tapi tabung ayam ni wat hal...mcm ward tu ko yg punya hahahahaha...adik yg xlrt nk gelak pon leh gelak... everything fine.... sampai habis waktu melawat... sampai umah...aku dera ko main gitar...kikiki... penat tu penat lah...tpi xpenah tengok ko main gitar live... aku pulak mmg admire ngn org yg leh main gitar... best kottt... kebetulan je ko pandai main heh! :P
mainlah sekerat dua lagu dengan bertali 5 tu hahahaha.....
lepak2 sampai kul 9:30 malam.... tiba2 diney wasap... ajak buat birthday surprise utk akem...
aku pon tercakap aku dgn hafiz a.k.a tabung ayam a.k.a encik huru hare..
dia pon excited suruh aku pegi shah alam.... aku xberani...sebab takot org kate ape kan... pastu aku suruh diney mtk izin dengan ayah... ayah bg green light... tapi muke kak seri lain mcm sgt dh mase tu...
aku berbelah bagi...bukan selalu diney mtk tlg... dia boleh buat utk aku xkn aku buat utk dia..
lagipun bukan selalu diney mtk tolong... tapi bile tgk muke kak seri jd xbest nak pegi... aku tanya hafiz larat x drive... ? dia ckp...okje... so aku pon pegi...dengan harapan sampai awal balik awal...tpi dekat sejam jugak aku tunggu diney kt polpero steak house tu... kul 11 baru dia sampai kt restoran.. tapi hafiz xde buat muke pon... dia mmg mudah sesuaikan diri.. last2 aku sampai umah kul 2 pagi...
dua hari lepas tu hari jumaat adik dh kuar ward... mimi msj ajak g makan sushi... adik pon buat status nak makan sushi... jumaat malam tu... family dari joho sampai... sabtu tu...aku ajak lagi sekali hafiz kua g beli sushi.... mase tu aku fikir... dia xkeje... xpe la kan mtk tlg dia drive....
so aku pon siap2...xsangka pulak adik xnk tapau...dia nak g makan kt restoran... adela adegan majok2....
sebab aku tahu dia majok...aku pon xknlah beli sushi je...belilah coklat2 sikit..
aku balik umah mcm biasa.... tapi beberapa selepas kejadian tu... hati aku rasa lain.... tergerak nak tanya kak seri.... mak ade ckp apa2 x aku kua ngn hafiz? kak seri muka dia mcm terkejut.... reaksi (mcmmana aku boleh tahu)
so dia pon ckp...mak ckp jangan selalu sangat kua ngn hafiz... nanti lama2 hafiz menyampah..bosan pulak... aku seriously terkejut.... kenapa mak ckp mcm tu? then kak seri sambung lagi..nanti hafiz xnk keje pulak... aku ckp mana ada keluar selalu... kak seri ckp, haritu dh ajak hafiz g kenduri,pastu g hospital,pastu keluar balik pukul 2 pagi... keluar lg ngn mimi... seolah2 aku ni pentingkan diri sendiri..atau dalam bahasa kasar..aku ni menggelenjit sangat nak kua ngn hafiz.
dulu mase hafiz xde...semua org seolah2 simpati dengan aku...sekarang hafiz ada kenapa mcm xsuka dengan aku?lagipun... aku keluar... kalau xpenting..aku xpergi.aku pon xnk susahkan org...
aku pon fikir...besar sangat ke kesalahan aku ni?
tapi aku diam lagi....esoknya aku jd mcm x tenteram.... soalan mcm2 main dalam pale otak aku...
hafiz menyampah ngn aku ke?tapi tiap kali kua dia ok je..... tapi ade setan menghasut suruh pegi tnya hafiz jugak takut kalau2 dia berlakon je mcm firdaus dlu.... depan aku buat xkesah.. pastu leh buang aku cm sampah.... aku pon g ler wasap hafiz..tnye selama dia bawak aku kehulur kehilir... aku ni menyusahkan ke?
aku dah tahu respon dia.... dia xkn bgi sekadar jawapan jer...dia mesti nak tahu kenapa aku tanya mcm tu... mmg betol ramalan aku... dia desak jugak mcm mana aku leh fikir aku menyusahkan dia.... dan cerita tu jadi panjang... petang tu aku mmg down giler... yelahh sedih kot.... aku ni menyusahkan semua org ke..
kenapa semua org kt umah ni mcm xsuke aku kua ngn hafiz? aku xbuat apa2 yg melampau pon... aku tahu jaga maruah aku...hafiz pon xpenah buat bukan2... jaga keselamatan aku adelah..
aku fikir mcm mana cara yg terbaik utk aku jelaskan kt hafiz... aku mtk bg masa... malam lepas dia balik keje aku bgtahu semua... so blm sempat aku cite dia dh msj..tnya...sungguh2 nak tahu..
aku cite dari A-Z.... aku bagitahu apa yg mak ngn kak seri ckp.... dia pon jadi emo jugak...
dia tanya apa salah dia? kenapa aku fikir bukan2 pasal dia.... dia xde salah... yg salah aku ni... aku xnampak yg aku susahkan dia... sebab dia xpenah merungut... haritu buat pertama kalinya dia menaip dengan panjang lebar... dia tanya aku..penah x nampak dia xhappy bila ngn aku? dia xpenah rasa xhappy bila ngn aku... dia happy sangat... sebab dia tahu aku cuba buat dia dapatkan kehidupan dia balik... dia ckp apa yg aku cuba buat utk dia terlalu besar...dia xtahu mcm mana nak balas... kat sini lah dia jumpa diri dia yg pernah hilang dlu... kat sini lah dia nampak kehidupan... dia xpernah rasa terbeban... dia bahagia sangat kat sini... itu antara aku dengan dia..tapi orang lain xtahu... orang xtahu apa yg aku cuba buat...
aku cakap ngn dia... jangan sesekali ada rasa terhutang budi dengan aku...aku xsuka... sebab nanti kau akan jadi mcm firdaus... bila kau ada rasa terhutang budi kau akan ada rasa kau perlu membalas...bila kau rasa kau dah habis membalas....kau akan buang aku dan keluarga aku mcm sampah....dan kau pergi tanpa rasa bersalah... aku xnk mengharap apa2 dari kau...
tapi hati aku tersentuh bila ko ckp...
ko selalu fikir...andai satu hari nanti, ko dah xde ngn aku... ko dh xleh bawak aku kuar jalan2, ko dah xleh gelak ketawa ngn aku.. ko dah xleh sembang2 ngn aku..ko duduk jauh dari aku... ko xdapat bayangkan macam mana rasa rindu tu... dan aku tetap dengan pendirian aku...yg aku dah bersedia andai satu hari nanti ko akan pergi... dan aku dah ikhlaskan semua... sebab aku buat semua ni demi Allah... bukan kerana harapkan balasan seperti yg lepas2... xdinafikan aku pun mungkin akan rasa rindu.... tapi semua tu kan ketentuan Allah... mungkin aku akan rasa sedih...tapi aku xkn lupa janji2 aku dengan Allah...
esoknya kite jumpa...muke ko masih ade kesedihan...maafkan aku,aku xde niat buat ko sedih.... aku takut.. aku nak jaga hati aku dari terluka dengan lebih teruk...
hari demi hari.... suasana kembali seperti biasa... aku nak test ko main chess.. hahahahaha rase hebat la bila pompuan dapat kalahkan lelaki dalam chess kan... sambil main sambil aku psyco ko... sebenarnya aku nak kembalikan saraf otak ko hekhek mcm kasar bunyi kan.... sebenarnya aku nak ko berfikir dan otak ko kembali cergas mcm dlu...aku tahu ko budak pandai dulu.... banyak skill ko yg hilang.... xpe... pelan2 k... aku xnk ko paksa diri ko...biar perlahan2 ko dapatkan skill ko dan hidup ko yg dulu... alhamdulillah dah jarang nampak ko murung.... semua benda ko leh kawal... sampai mak pon panggil ko "awang huru hare" hahaha... aku bersyukur...dalam usaha Allah makbulkan doa aku... apa yg aku buat... semua ni,biar Allah yang balas... aku selalu igtkan diri aku... :)
semoga Allah bersama kau selalu hafiz mohd amin..

Bersambung....

Sunday, 24 January 2016

Hello mr. huru hare?? (part 13)

24, januari 2016.





termasuk malam tadi.. sepanjang aku kenal ko... dah 3x kot mimpi ko... yang ko suke menyebok sgt dalam mimpi aku nape eh? walau cume watak sampingan... mesti kene ade muke ko... grrrrrr!!!
mimpi aku bersiar2 malam td... dengan sape? dengan ko ah..... errrrghhhh boleh x bagi peluang adi putra ke... remy ishak ke... xpon rosyam nor... idola tu kan.. hahahahahaha... aku nak jugak mimpi scene gula2 kapas ngn diaorg... tapi asik2 ko.. hufffffffff... pastu dalam mimpi tu..sempat pulak jamu family ko makan... family ko pon join venture weyhhhhh... arghhhh... pastu aku tersedar sebab nak terkencing..tgk jam kul 4:33 am.. hahahahaha mimpi ngeri aku ase.... rutin harian aku..kejot ko bangun pagi2 yang kadang2 aku pon lambat bangun hahahahaha.... tapi ade kebaikkan nye jugak.. kalau x memang susah lah aku nak bangun pagi...wkwkwkwkwkwk... so pagi2... aku akan terjerit2,buat ko gelabah...takot2kan ko nanti mak marah kalau ko datang lambat.. kahkahkah so fun!!

tiba2 teringat mase ko mula2 datang dulu... xleh lupa muka tabung ayam ko tu..
banyak berubah dengan sekarang.. sekarang ko makin ceria.. makin xde rahsia dengan aku... ko dah mula sharing everything about ur feel.. kalau dlu perghhhhhhhhh!! macam kene gam mulot ko.. hahaha..
sampai aku mintak bagi aku masa 3 bulan untuk sebut satu2 perangai ko... hahaha.
sebab ko ckp xde sape boleh ramal ko...xde sape tahu ape yg ko fikir... seyes aku rase tercabar weyyy.. aku mintak 3bulan... tapi ni jawapan ko.. hhaha



ko puji la ni...puji la konon ni hahahahahahaha malewww ahhh.. (totop muka)
aku nak buat pengakuan ni... dulu kan aku xde rase percaya kt ko.. yelah...xde sebab kot nak percayakan ko... tapi sekarang... dah ada sikit lah kepercayaan.. hahaha sikit je okeyyyy jangan tamak... pijak kang.  
sebab xde nampak ciri2 ko nak amek kesempatan kat aku... ko betul2 jage maruah ko sebagai lelaki.. respect for you brok.. eh bro.. :D 

khamis lepas 21hb, hari yg agak malang jugak lah utk ko huhuhu..
pagi tu ko sent sight kt wechat..tangan ko menggeletar urat2 semua keluar.. ko ckp sakit.. tapi muke ko biase je... pandai 'hide' mcm aku kan huhu. pastu ko macam xde msj2 aku sgt kt wasap...aku pon anggap biaselah tgn ko sakit kan..so mcm spoil mood sikitlah.. aku agak je..
pastu ptg tu.. bru ko msj ckp.. hidung berdarah..jatuh longkang..tgn terseliuh.. 
aku risau mmg lah risau....aku xnafikan aku ego... aku biase2 jelah...aku nak buat mcm mne lagi kan.. 
malam tu..lepas ko balik niage..ko wasap..ckp tgn sakit sangat... so mcm biase.. tiap kali ko ckp mcm tu..aku akan call ko.. just nak make sure ko okey atau x... aku xtau nak buat mcm mana..bantuan phsycology je yg aku leh bg... sembang2..buat ko tenang, ko ckp ko demam..badan gigil... 
dua jam jugak sembang malam tu... sampailah terbukak cite hari yang kite naik bukit tu... aku just on topic je.. aku tanye ape ko rase hari tu... seronok x? sebab aku nak ko happy... niat aku lah..sebab aku nampak banyak sangat kesedihan kat mata ko... ko cite mcm ni..

"sejujurnyalah...saya cakap jujur ni hehe" - encik huru Via on call
"haritu.. saye penat sangat... memang xlarat,rase nak balik"
"saye tanye awak..betul ke nak naik atas bukit tu, awak bersemangat betul nak naik" 
"semangat awak dah mengatasi kepenatan saye" encik huru Via on call.
tipu kalau cakap aku xterharu... aku diam,xleh nak ckp ape.. 
"sebelum ni... bila saye masuk muzium,rase bosan xtahu nak buat ape dalam muzium tu, tapi bila tengok muka awak excited betol nak masuk muzium tu,dengan saye sekali jadi excited!
yelah... saye ni bila2 mase boleh pergi kalau saye nak,tapi awak...kalaulah saye xbawak awak naik haritu,entah bila awak dapat naik lagi... saye nampak perasaan awak,saye sedar yang selama ni saye xpernah hargai apa yang saye ade selama ni" encik huru Via on call.
ape yang ko luahkan ni... lagi buat aku sebak... tapi hellooooo ni zerra k...xmudahnye ko nak nampak airmata aku.. :P 
"saye suke tempat macam tu (muzium)... suke tengok barang2 dia,cerita2 dia. sampai saye teringin nak hidup dalam zaman dulu" - sampuk aku.
"nanti kite balik kampong eh? saye nak pergi masjid tu..." -sambung aku lagi.
"okey nanti kite balik k... saye bawak awk pergi semua tempat awk nak pergi" encik huru Via on call.
"sebenarnya..niat saye,nak solat kat masjid tu (masjid kampung laut tumpat kelantan) tapiiiiii.... bertangga saya xleh naik... :( awak angkat eh??? ngeeeee.. " - acah2 gurau.. 
"boleh... nanti saye angkat,xsusah pon..naikkan tayar depan awak dlu.. pastu tolak je" -encik huru.
"elehhhhh ... beratlahhhhh... awk mne boleh angkat..! " -mula nak bergadoh dah..elok kejap je hahaha
"kalau saya boleh angkat awak nak bagi apa?" - encik huru.
errrr dengan spontan aku jawap..
"saye banjer makan yeayyy!!!" 
"taknak..." - encik huru.
dah sudohhhhhhhh dia nak ape pulakkkkkkk..... ko jangan macam2 eh... 
"abeh awak nak ape?!" - jadi garang terus aku.. sambil kembang kempis jantung ngn hidong.
"saye nak tengok awak happy... tu dah cukup bagi saye, so awak kene buat jakun sikit lah nanti.. hahahahaha" - encik huru. 
sempat lagi ko troll aku kannnnnn erghhhhhhhhhhhhhhh...
sejujurnyalah kan...aku pulak sejujurnya... aku xmintak balasan untuk ko buat aku happy sebab aku dah terbiasa mcm ni...aku takot... aku cuma nak ko happy..dan selepas tu ko pergilah buat haluan ko... mcm yg fauzi,avira lee buat... aku ni cuma persinggahan dalam hidop diaorg.. so aku dah xnk harap apa2... aku bahagia dengan hidup aku...aku bersyukur dengan hidup aku... apa yang Allah s.w.t bagi aku terima dengan ikhlas..  apa yang belum dia bagi mungkin ada hikmahnya... 

ALLAH HANTAR KAU UNTUK MENGUJI KEIKHLASANKU
ALLAH HANTAR AKU UNTUK KAU KENALI ERTI KEHIDUPAN.

Bersambung.....

Tuesday, 19 January 2016

Hello mr. huru hare (part 12)

19 januari 2016,

huarghhhhh!! aku ngntok.... walaupun baru pukol 5:00.
sabtu lepas aku g kenuri.. dengan sape? dengan encik huru hare ni lah... aah berdua je.
sebelum tu.. pegi the store jap..cari hadiah pengantin. alahh kat kedai yang aku selalu pegi tu... aku suruh ko pilih ko suruh aku pilih...ase nak langgar je kaki ko, naseb aku ni masih ade hati hempedu limpa pedal peparu kahkahkah!! last2 pilih jam..ko yg pilih k.. kalau xcntik ko yg kene hahahahahahaha (gelak jahat)
sebabkan budak kaunter kenal aku.. sempat pulak dia tanye..
"kak... ni boypren ke?" - budak seller muke ala2 najwa latip
"uishh!! xlah..kawan." - aku
"yeke... nak g mane ni?" - budak seller
"nak g kenuri kawen.. (sengih kerang) - aku
"berdua je?" - budak seller
"aah berdua je... (dan aku pun berhuhuhu) - aku
"berdua? boypren la tu..." - budak seller.
(dalam hati) eh eh budak ni... ketuk ngn batang payung kammm
hehehe.. aku seganlah bila org tanye mcm tu.. yelah aku dh la mcm ni..kalau nak jadi boyprend pon mmg xpadan..kalau ok kalau..penekanan KALAU.
pastu kiteorg ke destinasi seterusnya.. ke tanjung karang kenduri norman naim & fezah
kat sane norman tanye,mak ayah mane? aku cakap aku datang berdua je..
"berdua??" - norman sengih mcm kerang gak..
yelah berdua xkn bertiga lak annn hahaha... tapi aku kagum gak ngn ko encik huru.. ko layan je kerenah aku.. aku memang lemah sikit hari tu..tapi demi kenduri kawan baik kan.. aku gagahkan jugak.. makan aku boleh lg suap sikit2.. bab nak minum tu.. gelas kace lak.. meja vip kan ecehhh haha... aku xlarat angkat gelas tu... ko suapkan tanpa rasa malu pon kan.. aku yang malu :(
tapi aku nak jadi diri sendiri dan aku nak hidup macam org lain... aku xnk org pandang aku lain. so aku biasakan diri dengan keadaan sekeliling.... aku suke betol tengok ko makan.. nampak mcm semua sedapp hahaha aku ni yg suke membazir.. huhu... adelah 2jam kot dok kt kenuri norman.. pastu aku ajak balik... balik tu,aku ajak g bukit malawati kt kuala selangor tu.. ko xpenah pegi situ annn haha meh aku bawak ko jumpe kawan2 lame ko... sape?? unka unka ngn monyet2 kat atas tu kahkahkah!!
tapiii pintu utama kene tutup sebab weekend kan.. sedeyyy aku tak dapat naik atas bukitttt huwaaaaa!! :'(
pastu kite pon pegi jalan2 kt taman bawah tu... eh ade akuarium lahhh heee bestttttt ade monyet gakk kawan ko wkwkwkwkwkwk... tau x kenapa aku ajak ko g situ? sebab aku nak ko refreshing... aku xnk ko mengelamun.. aku kan dah ckp.. misi aku akan bawak balik encik huru yg dlu hilang.. sepanjang hari tu.. ko layan je perangai aku... tapi tempat tu kecik je... pusing2 jap dah habis... tapi sempatlah jugak kurung ko dalam sangkar ni hahahahahaha!!

haha nampak kan muke pasghah tu kikiki... 


dan lagi muka mangsa penderaan lensa camera aku hahahahaha... ko mmg extreme kan.. kalau aku boleh buat benda extreme aku pon same jugak mcm ko.. xsampai sejam kot kt taman bawah tu.
aku masih xpuas hati xdpt naik bukit tu..aku nak naik jugak..aku suruh ko g mtk permission ckp kate ade org OKU nak naik..hahaha.. kenderaan khusus.. 
and....ko datang balik kt kete..sambil buat thumbs up!! yesss!!! dapat naikkkk bukittttttttttttttttttt yibbbaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... 
bestttttttttttttttttt... akhirnya dapat naik ngn kenderaan sendiri...
sampai je kt atas..belum turun kete lagi ko dah happy giler.. "waaaaaaahhh bestnyaa" ko jerit.
"serius bestnya awakk" - mr.huru
aku senyum jelah... dah turun kitaorg terus masuk muzium..sebab ko dh berpeluh2..panas sgt kan cuaca.. tpi dpt masok jap je... muzium nk tutup dh huhu sedeyyyyy
pastu kua balik... bawak ko lepak ngn kawan2 ko... hepi giler muke ko kan.. haha


ni ko selpie sendiri..hahaha tangan aku dah xlrt.. 
lepak2 jap..bagi makan kacang kt kawan2 ko... pastu kite g depan sikit..tmpt xramai org n monyet..n tempat tu redup sikit.. kt puncak ni panas... aku tunjuklah laut kt bawah tu... dah ko nak g laut lak.. aku mane tahu jalan nak g laut tu..huhuhu... 
view cantik pulak...ape lagi..meh sini jadi model aku hahaha... 


hahaha view belakang tu cntik kottt... bukan ko k, jangan pasan hahahahahhahaha
apa2 pon... aku nak ckp thanks for everything.. thanks selama dua hari bawak aku kesana sini...thanks sebab dah anggap family aku mcm family ko... thanks for our friendship.. bagi aku sikit masa lagi untuk bawak encik huru balik... misi aku... bawak encik huru hare balik,sebab encik huru yang aku kenal dulu seorang yang ceria.. sangat ceria.. dan menceriakan.. misi kedua aku,nak ko sembuh..taknak ko sakit2 lagi... dan misi ketiga,nak ko simpan duit untuk mase depan ko.. 
dan selepas tu..ko berhak pilih jalan hidup ko... aku xberhak tentukan hidup ko. niat aku ikhlas.. 
dan aku buat semua ni pun ikhlas.. Allah sedang menguji keikhlasan aku.. dan aku sentiasa ingatkan diri sendiri tentang semua ni... kau tetap kawan aku.. :)
muke belom ready an hahahahhahaha.... cameraman pon xkira lah 1..2..3..

lelaki2 yang sebelum ni..maksud aku kawan2 lelaki... xde yang nak selfie ngn aku.. aku pon xnk,segan... tapi ko ni... mmg xpernah anggap aku ni cacat ke? ko xmalu ke bawak aku kua g sane sini wey....aku malu... 

aku taknak jadi mcm lepas2... aku sentiasa cermin diri aku.. ko jangan risau k.. aku akan jaga hati aku.aku sedar aku tau aku siapa... hehehe... kite just kawan kan? aku tolong ko semua ni ikhlas demi Allah...

bergambar sikit ahhh ngn pengantin hahahaha... norman memey over tauuu wekkk

haha gambar curik mase aku tunggu turn nak karok.. tapi kesudah xdapat karokkk cehhhh... 
THANKS FOR EVERYHTING MR.HURU!!!


Bersambung..




Tuesday, 12 January 2016

Hello mr.huru hare?? (part 11)

12, januari 2016.

sekarang dah pukul 1:03 minit pagi..
aku rase nak membebel lak malam ni hahahaha.... well tapi dari mana aku nak mula ek? ermm jap pk..kihkihkih. oklah..aku cerita detail dari hari aku dah jarang2 menulis tu..
kalau dlu hari2 aku tulis pasal ko kan... tapi yelah aku bukan 24jam depan laptop,kadang2 aku wrote pakai henpon je.. pastu selebihnya aku malas sebab banyak benda aku nak kene fikir huhu....
seminggu sebelum atok ko meninggal,ko sakit teruk... ko nak mintak cuti pastu ko nak balik kg.. mase tu aku belum bagi ko air ubat untuk cancer tu lagi... aku suruh ko g spital check ko xnk.. walaupun sebenarnya aku risau tapi aku xdelah menggelabah sangat... lex ah an ahahaha..
aku xnklah nampak care sgt kat ko,yelah dalam masa sama aku nak jaga hati aku jugak, pastu seminggu jugak la ko kat kampong.. ade lah sesekali aku wasap tanye ko ok ke.. mcm mana bla bla bla... bila ko ckp kt kg ade ubt ko.ubt spital.. aku pon cam lega lah sikit.. setidaknya ko boleh bertahan. ade satu hari tu... aku tanye ko tgh buat apa..ko ckp ko mandikan atok (arwah) ko... aku terus terdetik dalam hati... sakit2 pon..ko buat semua tu, aku dah mula rasa respect dengan ko..
satu hari tu..ko text aku.... ko ckp ko rase lain sgt.. aku risau der..seyes aku risau...aku call... tapi suara ko lemah sgt... aku tanya ko ok x.. ko ckp ko rase nak menangis... ko terus nangis lepas tu. weyyyy sumpah aku xreti pujok orang tengah sedih... aku tanya kenapa..aku nak tahu apa yang terbeban dalam hati ko... tapi ko xleh jawap.. ko cuma mintak aku cerita benda lain... walaupun nada aku masa tu ceria,sebab aku cuba ceriakan ko... tapi hati aku mcm dapat rasa apa ko rasa..

beberapa hari lepas tu ko dtg k.l balik... nak niaga. aku tengok ko mcm ceria gile... aku tanye nape happy sgt ni..ko ckp bawak semangat baru.. semangat nak keje. pastu aku buat biasa je lah... dua hari ko keje.. dugaan ko datang lagi.. aku tengah busy2 buat keje..ko wasap suh call...aku pon call.. tapi mak aku yang jawap.. aku xdelah cm pelik lagi.. sebab mak mmg dengan kau kt gerai.. yang jadi pelik bila mak cakap nanti mintak ayah amek mak kat gerai..sebab hafiz ada hal emergency kena balik kampong sekarang...aku pon tanya soalan yang rasional lah kan "kenapa?"
"atok dia baru meninggal" mak ckp..
pastu aku pon diam... bila mak dah balik rumah,mak cerita semua... sebelum ni apa ko buat memang mak selalu report kt aku pon..
ko menangis teruk jugak lah..ko mintak org kampung tunggu sampai ko balik baru kebumi.. aku risau sangat aku takut ko bawak laju2... tapi doa jelah yang aku mampu.. esoknya ko terus balik k.l
maghrib tu ko dh ada kat sini.. aku terkejut jugak,yelah xkn ko xtunggu tahlil arwah atok ko..
mesti ada apa2... tapi ko kan masih bersedih..jadi aku rase xwajar tanya ko macam2 dalam keadaan mcm ni... walaupun ko datang keje...tapi fikiran ko melayang... ko banyak termenung..
sampailah tarikh mimi bertunang... disebabkan ko penah spoil kn majlis mase bawak adik aku haritu.. aku text awal2 mintak ko pakai baju kemeja.. ko tanya mmg kene pakai baju kemeja ke mase kenduri? hahahahahahaha aku mcm blur jap nak jawap apa... sebelum tu ko offer diri nak dtg tolong mase kenduri.. mak ckp mmg nak ko tolong...tolong makan hahahahahaha!!!
aku pagi2 dah bersiap,yelah sebab nak kene mekapkan mimi... kite xjumpa pon pagi tu... dah lepas mekap semua,dan rombongan lelaki dah balik baru aku dapat keluar... bila aku keluar,ko xde jugak.. eh mane ko?? bila tanya hasri ngn abg rian..diaorg ckp ko sesak nafas..rehat dalam kete.. aku nak tinggalkan majlis segan pulak.. tengok hp,ko wasap mintak tolong..aku lagi la cuak.. aku tinggalkan jugak lah.. aku call ko xangkat..aku dah nak melintas jalan,tapi ko dah pergi naik kete... hurmmm.. aku xdpt tengok ko berbaju kemeja.. lepas mahgrib aku tanya ko ok x..ko ckp masih sakit lg..aku nak ajak mimi g amek ko kt rumah bawak ko g spital.. tapi ayah xbagi pulak mimi bwak van..aku cm kesal sgt dh ni,tkot ko lg teruk... last2 ko ckp xyah bawak g spital,ko dh boleh bangun dah boleh berdiri..aku pon xdpt buat apa..seminggu berlalu lepas kenduri mimi.

3hb januari
ahad tu mak nak renovate gerai kat permatang pagar tu. mak mintak tolong ko tolong2 tukang tu... tapi ko datang lambat.. mak bising lah.. dengan xsarapan dengan xminum..ko terus pegi gerai.. dalam perjalanan tu lah ko eksiden.. ko sms aku ckp ko eksiden,aku betul2 ingat ko nak prank aku tau... aku call..dengar ko mcm susah nak bernafas,aku cuak la.. tanya ko ok ke x. ade cedera kat mana2 ke? ko ckp ko ok...kete je teruk sikit.. ko mintak aku bg ko relax dlu..aku pon ok dan end call.
hari pertama dan kedua lepas ko eksiden jiwa ko kacau.. pale ko serabut.. yer aku faham.. hari ke tiga aku call.. ajak ko sembang tapi ko tetap xnk ckp apa punca ko eksiden... xpe... banyak lagi masa.. esoknya aku jd cm xpuas hati xdpt korek rahsia ko kan.. aku wat la ayat..."sy xleh tido la,jom sembang" - Via whatsapp
"taknak" reply - Via whatsapp.
sedihnya rasa...lagipon aku cm bosan kan n memang xleh tido..tapi dia avoid aku..dia xlayan aku pon.. :( huhu.
aku pon ape lagi,meroyan la kat wechat hahahahahhah wat ayat sedih... post gmbr biri2 lah kahkahkah.... konon2 nk bgtahu yg aku xleh tido.. last2 entah cmne aku tertido gak..hampeh tol wkwkkwwkwk...
esoknya pagi2 eh ade whatsapp.. dari "encik huru hare" aku tak pernah tukar nama contact ko hahahaha.
"maaf pasal semalam" - Encik Huru Hare Via whatsapp
"kenapa eh pasal semalam" - zerra Via whatsapp.
konon2 nak buat2 lupa lah hahahahahaha... kalau boleh aku xnk ajar hati aku memendam,sebab tu aku buat mcm tu..benda dah lepas..lepas la kan..
xlama lepas tu..ko terus terpacak depan pintu... aku punya reaction mase tu, nak terkejut ke x.?? nak terkejut ke x?? hahahahhah... ko kengkonon tanya mana mak.. aku jawap nyampah2 mase tu..mak kat dapo tu ha...nak jumpa mak masuklah... buat pertama kalinya ko masuk ikot bilik aku.. huhuhu.. pastu ape lagi..kene bebel la ngan mak....hahahahahahhaahahahahha padan muke ko.. ha puas hati aku.. kikiki..tapi mak bebel pasal kete ko la..x settle lg kan..mak nak tlg repairkan cermin ko yang hancur tu.. mak ckp,xkn mak nak biarkan ko xde keje..mak pon suddenly beli kete utk ko bawak niaga... esoknya kalau ikotkan ko kene niaga.. semua dah ok dan kembali tenang.. tiba ko text ckp xleh niaga.sebab kene balik kampong ko..kakak ko paksa gak ko balik... aku tiba2 jadi kemurungan balik.. ape ni....?? kenapa pulak?? xkn ko nak cuti lagi... macam mana ko nak kumpul duit nanti? hurmmm... aku habis akal dah... ko ckp ko tersepit.. ko punya susah bodek kakak ko nak pinjam duit nak repair kete.... so ko rase ko xleh bangkang la bila dia ajak ko balik kg.. aku pon ckp. cuba explain kat kakak ko,mesti kakak ko faham,kalau masih rase bersalah..xpayah la pinjam duit kakak ko.. pinjam duit aku je... aku punya lah nak ko keje..bukan apa,xnk ko banyak cuti nanti gaji ko sikit... last2 ko ckp jugak... ko dah guris hati mak ko..sebab tu kakak ko paksa ko balik,balik mintak maaf ngan mak ko.. aku lemah betol bab ni.. xnklah ko jadi anak derhaka... tu syurga ko..ko tau x.?? aku pon... suruh ko balik... xde apa yang lebih penting dalam dunia ni... suami isteri,kawan2 boleh silih berganti..tapi kalau mak..satu je dalam dunia. kalau dah xde,xde siapa dapat ganti...

khamis lepas,kita sembang lama sangat... dekat 5jam dalam fone hahahahaha..
habis sepinggan nasi ko kejekan... aku pernah terus terang dengan ko,yang aku dari awal kenal ko,aku tak pernah ada kepercayaan kat ko.dan aku masih mencari alasan yang kuat untuk tidak percayakan ko.. tapi malam tu, ko dah dapat sedikit kepercayaan dari aku..cuma dengan sembang2 4jam setengah tu je.. banyak sangat benda yang kita sembang malam tu.. dan aku rasa,ko pon dah mulai percayakan aku,dan mahu mula kongsi masalah dengan aku.... Alhamdulillah.
tapi dalam masa sama..aku takot aku tersukakan ko.. haha... aku pernah janjikan sesuatu dengan ko.. bila ko betul2 sembuh nanti..dah xsakit dada lagi dengan makan ubt penawar pokok mak aku
aku janjikan satu cerita untuk diceritakan kat ko...
tapi sekarang aku takut dengan janji aku... aku takut aku tak mampu nak ceritakan kat ko... tapi aku takkan mungkir janji... aku takut aku xmampu tahan sebak...

tapi aku pasti dengan hati aku.... selepas apa yang aku lalui... aku ikhlas atas semua ni...
sanggup x kau dengar kisah Avira Lee?? dan sanggupkah aku menceritakan?? Allah lebih mengetahui... dan2 mudah2an cerita tu beri moral yang baik dan dijadikan iktibar..

Bersambung....

Sunday, 3 January 2016

Hello mr.huru hare?? (Part 10)

3, januari 2016.
Aku tak tahu macam mana nk ceritakan ape dalam kepala otak aku ni.. Kenapa dengan kau eh? Dari hari atuk ko meninggal.. Dan harini kau eksiden pulak.. Tapi Alhamdulillah ko xde pape.. Tapi kerete ko la nampak teruk.. Aku xhabis fikir lah... Kenapa dugaan ko mcm ni yer... Sampai aku pulak yg rase nak menangis.. Aku teringin nak tahu ape yg ko fikirkan..ape dalam kepala otak ko? Ape yg buat ko selalu termenung.. Ape yg buat ko lupa ape yg sepatutnya ko buat? Aku dah xtahu nak tolong ko mcm mana lagi... Walaupun selama ni pertolongan aku xbesar mana... Aku rase kosong je ni... Sebab aku xtahu nak bg respon mcm mana... Sebab aku dah set dalam kepala otak aku..kalau apa2 yg jadi adalah ketentuan..xboleh dipertikaikan... So aku xde lah rase terkejut ke apa. Cuma macam rasa kosong.... Hurmm.. Aku harap satu hari nanti ko akan cerita semua apa yang kau rasa..
Bersambung....