Tuesday, 27 September 2016
Aku adalah aku part 4
Posted by ZerraBbit at 15:14Manusia ni jarang sekali fikir dulu sebelum bercakap dan ada yang tak menyesal langsung dengan apa yang diaorang cakap.. Tak dinafikan aku dulu pun macam tu cakap apa je yang aku nak cakap.. Ditekankan DULU!
Tapi Alhamdulillah aku dikelilingi dan dikenalkan oleh orang2 yang matang.. Yang lebih berpengalaman dari aku. Macam sherrod,arian aris.. Adam. Mereka ni lah diantara tuan penasihat aku yang paling mabless.. Haha.
Tiap kali aku dipengaruhi emosi aku selalu la cari diaorang.. Sebab diaorang je yang dapat handle aku dengan cara kematangan diaorang. Selalu bagi nasihat yang tak merugikan aku.
Kenapa tak cerita kat kawan perempuan?? Hahahaha... Biasanya perempuan lah yang selalu tak dapat handle diri.. Mereka (termasuk aku) terlalu emotional.. Sedangkan aku perlukan seseorang untuk bercakap bukan seseorang yang bijak menghukum situasi aku..
Tambah pulak perempuan ni jenis yang acuh tak acuh sangat dengan permasalahan orang lain..dan ada jugak yang mendengar luahan hanya untuk dijadikan bahan gosip.. Dan ada jugak yang untuk ambil kesempatan menjual produk ke hape wkwkwkwkwkwkwkkw... eh??
Bila kita selalu bergaul dengan orang2 yang positif kita juga akan dapat tempias positif tu.. Bila kita selalu dengan oranv2 yang negative kita juga akan dapat tempias negative tu..
Salah satu sebab aku avoid semua sedara mara mt pesbuk tu pun.. Sebab ni lah..
Isu sindir menyindir..kata mengata.. Luahkan segalanya kat pesbuk.
Dah sampai masanya aku jauhi semua tu.. Sepatutnya aku dengar cakap sherrod dari dulu lagi.. Yang media sosial ni mendatangkan impak buruk yang lebih banyak dalam hidup kita..
Kalau untuk bisnes dia galakkan.. Tapi untuk menyakiti hati orang lain atau untuk bergosip baik tak payah..
Okay sherrod!! I listen to you now.. Hahahahaha...
Benda ni semua pengaruh sebahagian hidup kita.. Dan sekarang aku rasa sedikit tenang.. Dan lebih sedikit kebahagiaan dari yang sebelumnya..
Bersambung..
Wednesday, 21 September 2016
Aku adalah aku part 3
Posted by ZerraBbit at 16:04
Tuesday, 20 September 2016
Aku adalah aku part 2
Posted by ZerraBbit at 17:08Untuk aku huraikan sepenuhnya tentang diri aku, ada certain part yang aku sendiri pun tak faham tentang diri aku..
12. Aku tak pandai cheer up situasi yang murung.. Takut bila nanti ada yang terlalu mencari salah aku.
13. Hati aku yang dah terluka ni jenis yang lambat pulih.. Dan aku memang jenis cepat memaafkan tapi tak cepat melupakan.
14. Bukan semua orang boleh pujuk aku.. Ha yang ni aku nak bagi penekanan sikit.kalau kau boleh pujuk aku serta merta tu maknanya kau hebat dalam pandangan aku..maknanya kau orang yg bermakna dalam hidup aku.
15. Aku tak suka keluar bersama2 orang yang selalu bagi masalah tiap kali keluar sama.. Jenis orang yang cepat spoil mood ni,memang aku elakkan lah keluar dengan dia..
16. Naluri aku sangat kuat.. Itu sesuatu yg kau tak boleh nafikan walaupun kau cuba bohong seribu kali sekalipun. Instinct kate omputeh.
17. Aku bukan jenis cari pasal kalau orang tak cari pasal dengan aku dulu, tapi kalau orang cari pasal takkan aku nak duduk diam.. Walaupun aku macam ni lah.
18. Dan aku bukan jenis hiporkrit, berlakon baik depan orang yang jarang aku jumpa. Buat2 suka konon2 tak kesah.. Ohh pelisssss. Muka aku akan gambarkan perasaan aku.
Iklan: eh cakap panjang2 ni entah korang faham ke tak entah. Hahahaha
19. Dan aku paling tak suka orang yang suka rembat barang orang,buat barang orang macam harta kau melainkan aku tahu kau akan jaga barang aku elok2 macam nyawa kau sendiri. Sebab? Nak tahu sebab? Sebab untuk aku dapatkan semua tu aku kena usaha sendiri bukan petik jari je dapat semua tu. Terbongkok2 sampai terkepit peranakkan demi dapatkan duit beli apa yang aku suka. Tapi bukanlah bermaksud aku kedekot piang.. Cuma barang2 yang mahal2 ke..yang aku sayang ke.. Ha mcm tu lah maksud aku.
Bersambung..
Aku adalah aku
Posted by ZerraBbit at 12:28Perihal aku yang selalu disalah tafsir oleh orang lain.. Kadang2 rasa nak merungut..kadang2 rasa nak luahkan semuanya,tapi bimbang tak ada yg akan fahami.. Aku dibesarkan dalam situasi pergolakkan perasaan yang rumit.. Ada beberapa perkara yg menyebabkan aku jadi begini.. Begini tu bagaimana?
1. Aku seorang yg mudah marah dan mudah reda,bila aku tidak memendam perasaan marah tu.
2. Aku jadi seorang yang sangat tidak kamu sukai bila dalam keadaan marah,kerana marah itu telah dipendam terlalu lama,dan rasa sabar itu mungkin sudah sampai tahapnya. Bila semua yg dipendam itu meledak kamu pasti tidak suka melihat keadaan aku.
3. Sebelum segala amarah itu dilepaskan aku bermatian berlawan antara sabar dan amarah,itu satu hal yang semua orang tidak mengetahuinya.
4. Aku tahu bertapa teruknya aku kelihatan dalam keadaan marah. Dan biarkan aku diam bila hati aku meledak kepanasan kerana aku sekali lagi bermatian menahan diri dari mengeluarkan kata2 yg akan terus menyakiti.. Jangan cuba pancing amarah aku sekali lagi.
5. Jangan dibiarkan aku terlalu lama diam sendiri, jangan bangkitkan tentang perkara yang buat aku marah.. Berbicaralah tentang sesuatu yang menghiburkan.. Bertindaklah seperti amarah aku tadi bukan alasan utama untuk kau membenci aku.
6. Kerana apabila aku terlalu marah aku akan terus menangis.. Jadilah seseorang yang seolah memahami perasaan aku.. Setelah kamu mendengar luahan aku,jadilah penghibur aku jangan berlanjutan dan terlalu fokus dengan kesedihan dan amarahku. Selang seli kan antara sikap memahami dan menghibur.
7. Mungkin yang kamu lihat aku cuma tahu merajuk dan marah.. Sedangkan kamu tak pernah tahu apa yang telah aku lalui hari demi hari.. Percayalah setiap yang berlaku pasti ada alasannya.
8. Aku memang susah difahami.. Tapi itu bukan alasan untuk tidak cuba fahami aku langsung.
9. Dan jangan sesekali cuba memalukan aku dikhalayak, itu satu hal yang tidak dapat aku terima sama sekali.. Dan mungkin kamu akan lihat perwatakkan yang menyakitkan hati dalam diriku.
10. Aku adalah seorang yang suka mencari silap diri aku dalam kesilapan orang lain, tiap2 kali selepas aku marah,aku akan mencari apa silap aku. Dan aku akan buang jauh2 sifat yang dibenci itu. Dan aku harap kamu jangan memancingnya semula.
11. Jangan terlalu memijak2 aku bila aku selalu sabar dan diam.
Bersambung..











