Sunday, 22 April 2012

MENGALAH,BERSERAH VS KETABAHAN.

dalam muka bumi yg serba luas ni...
xkan ada hamba Allah yg xpernah rasa kecundang,putus asa.. dan menyerah.
tapi yg membezakan setiap dari kamu adalah.. selama mana kamu mampu membiarkan diri kamu dibelenggu rasa kecundang,kecewa,mengalah dan berserah tu??
aku juga xdpt lari dari perasaan tu.. tapi selama mana aku mampu membiarkan perasaan tu menakluk hidup aku??
bukan selamanya... diulangi BUKAN SELAMANYA.
aku adalah seorang hamba Allah yg cuba sedaya upaya berfikir dengan cara positive..
tidak aku nafikan,fikiran negative memang selalu mendahului..tapi xselamanya fikiran negative tu menjadi juara.

saat aku diselubungi segala perasaan negative tu,apa yg perlu hanyalah masa dan Doa pada Allah..
kita sebagai hamba yg naif ni,setiap saat dalam apa jua tindakkan harus ingat tuhan yg satu..
aku juga tidaklah sempurna... dalam sesetengah perkara aku juga kecundang dengan mainan syaitan.
apa yg boleh aku buat... jernihkan fikiran sebaik mungkin.
hamba Allah itu diwujudkan mungkin untuk menduga keimanan aku,kesabaran aku..kematangan aku.
dan sentiasa mencuba untuk meruntuhkan semangat aku... jika harini aku terjatuh,xsemestinya esok aku tersungkur.. dunia ni sementara,entah esok atau lusa aku dipanggil menhadap illahi,tanpa alasan aku harus pergi,dan kerana itulah,aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti sesiapa...
andai ada juga yg telah aku sakiti dengan sengaja mahupun tidak.. maafkanlah. sebagai hamba Allah yg naif aku xmungkin dapat lari dari kesilapan.. continue